KUALA LUMPUR: Menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan 7 Oktober ini, warga pekerja mengharapkan agar kerajaan terus menggiatkan usaha membantu mengurangkan beban kewangan mereka dalam situasi negara masih berdepan fasa pemulihan ekonomi pasca COVID-19.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, kerajaan perlu melihat keperluan meningkatkan pemberian bantuan tunai secara terus serta bersasar bukan sahaja kepada golongan pekerja malah untuk warga emas, pelajar sekolah, Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan ibu tunggal.
"Mereka ini juga adalah golongan yang sama-sama membantu dalam apa cara sekalipun dalam pemulihan negara dan ekonomi negara," katanya kepada Bernama.
Mohd Effendy berkata kerajaan perlu memberi insentif bantuan kewangan seperti Program Subsidi Upah atau pengecualian cukai kepada majikan terutama sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menggalakkan mereka melaksanakan dasar gaji minimum apabila ia dikuatkuasakan pada Januari 2023.
"Di samping penguatkuasaan gaji minimum bagi meringankan dan menampung beban pekerja-pekerja swasta, MTUC memohon agar kerajaan mewajibkan semua syarikat swasta melaksanakan pemberian Elaun Kos Sara Hidup (COLA) kepada semua pekerja sektor swasta di seluruh negara," katanya.
Mohd Effendy turut menyarankan agar kerajaan memperuntukkan bajet untuk "Green Job" demi mewujudkan peluang pekerjaan baharu selain menyediakan bajet tambahan dalam menyediakan akses kepada perumahan, pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan dan pengangkutan berkualiti.
Katanya perkara lain yang diharapkan MTUC ialah peluasan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) kepada pesara serta warga emas dan meningkatkan jumlah bayaran pencen kepada semua pekerja yang telah menyokong dan terlibat dalam agenda Penswastaan Malaysia sebelum ini.
Dalam pada itu, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman menggesa kerajaan menangani isu modal insan memandangkan terdapat kekurangan bakat tempatan berbanding kemahiran digital dan inovatif.
Beliau berkata berdasarkan Tinjauan MEF mengenai Isu Berkaitan Bajet 2023 mendedahkan bahawa 76 peratus syarikat responden kini menghadapi kekurangan tenaga kerja selepas ekonomi dibuka semula manakala 84 peratus menghadapi kesukaran untuk mengambil pekerja tempatan.
"Ketidakpadanan kemahiran telah menjadi isu berterusan di Malaysia kerana kemahiran pencari kerja, terutamanya siswazah baharu, tidak sepadan dengan keperluan industri. Keadaan ini menyebabkan beberapa majikan mencari bakat yang sesuai di luar negara dan mengambil ekspatriat untuk jawatan tertentu," tambahnya.
Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan agar memberi perhatian kepada peningkatan perkaitan sistem pembangunan kemahiran dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui model pembelajaran yang diterajui industri, termasuk penubuhan majlis kemahiran khusus sektor dan penggunaan program perantisan oleh industri berkaitan.
Syed Hussain juga menggesa kerajaan memastikan proses permohonan pekerja asing yang lebih cekap, lancar dan telus dengan menyediakan majikan aliran yang jelas dan konsisten berhubung garis panduan, kriteria, dokumentasi serta terma dan syarat.
"Kerajaan perlu memendekkan masa untuk pekerja asing tiba di negara ini kerana syarikat amat memerlukan pekerja untuk mengembangkan dan meningkatkan perniagaan mereka dengan segera.
"MEF juga menggesa kerajaan untuk berbincang dan berunding dengan negara sumber untuk mengawal dan mengehadkan yuran pengambilan yang dikenakan oleh ejen di negara sumber kerana sebarang bayaran yang dikenakan oleh ejen di negara sumber akhirnya akan dibayar oleh majikan di Malaysia di bawah dasar pengambilan sifar bayaran," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata dasar negara mengenai penggajian untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas perlu dirangka selain mencadangkan agar pengurangan kadar cukai perlu diberikan kepada pekerja dalam lingkungan umur tersebut dan insentif cukai perlu diberikan kepada majikan kategori tersebut.
Menyedari kepentingan Pelaburan Langsung Asing (FDI), Syed Hussain juga berharap kerajaan mengutamakan dasar yang bertujuan menarik pelabur asing berkualiti terutamanya yang boleh merangsang inovasi dan kemajuan teknologi.
"Peluang untuk FDI boleh dimanfaatkan melalui pengesahan Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.
"Kerajaan harus meratifikasi CPTPP tanpa berlengah lagi. Baki penjajaran perundangan Malaysia mungkin dilakukan selepas ratifikasi CPTPP kerana ia perlu untuk menangani peraturan dan amalan yang menyekat kemasukan perniagaan dan persaingan pasaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
Kerajaan perlu melihat keperluan meningkatkan pemberian bantuan tunai secara terus serta bersasar, bukan sahaja kepada golongan pekerja malah untuk warga emas, pelajar sekolah, OKU, Orang Asli dan ibu tunggal. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.