awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
29/05/2023
02:50 MYT
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
KBS memaklumkan peruntukan RM20 juta dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membangunkan satu litar di setiap negeri tidak pernah dibahaskan di Parlimen dan tidak mendapat kelulusan.
PUTRAJAYA: Kementerian Belia Sukan (KBS) memaklumkan peruntukan RM20 juta dalam pembentangan Belanjawan 2023 oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membangunkan sebuah litar di setiap negeri tidak pernah dibahaskan di Parlimen dan tidak mendapat kelulusan.
Ini kerana, tegas KBS, Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan belanjawan beliau
Susulan itu, kementerian tersebut menegaskan, peruntukan berkenaan tidak pernah disalurkan kepada KBS bagi pembangunan litar drag dan bajet itu diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada pihak kementerian.
Bahkan, kata KBS, peruntukan RM20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar di setiap negeri dengan mengambil kira faktor keselamatan litar bagi memastikan pengguna selamat menggunakannya.
“Adalah dimaklumkan bahawa peruntukan RM 20 juta yang diumumkan oleh beliau (Ismail Sabri) bagi Bajet 2023 tidak pernah dibahaskan di Parlimen dan tidak mendapat kelulusan.
“Ini kerana Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan belanjawan beliau.
“Oleh yang demikian, bajet tersebut tidak pernah disalurkan kepada KBS bagi pembangunan litar drag seperti yang diumumkan,” kata KBS dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan, KBS sentiasa proaktif mencari kaedah lain bagi memastikan sukan permotoran dapat terus dilaksanakan dalam keadaan terkawal dan selamat walaupun kekangan kewangan ketika ini menghalang usaha pembinaanbaharu litar.
Ini, jelas KBS, termasuk menaik taraf serta memperbaiki kemudahan sedia ada di bawah KBS seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang mencapai spesifikasi antarabangsa serta Litar Lumba Tangkak di Johor bagi penggiat sukan permotoran tempatan.
Topic Berkaitan
#litar
#sukan permotoran
#Bajet 2023
#Ismail Sabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan