awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet pembangkang tiada asas kukuh - Liow

Bernama
Bernama
20/10/2016
23:28 MYT
Bajet pembangkang tiada asas kukuh - Liow
LIOW: Memang mereka tiada sebarang kaedah untuk menunjukkan cara pengurusan kerajaan yang berkesan. - Gambar fail
Belanjawan Alternatif 2017 oleh Pakatan Harapan tidak mempunyai asas yang kukuh dan hanya bermotifkan politik, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata cadangan pembangkang termasuk penambahbaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 'berkadar sifar' tidak menunjukkan sebarang cadangan kukuh untuk menambah sumber pendapatan negara.
"Memang mereka tiada sebarang kaedah untuk menunjukkan cara pengurusan kerajaan yang berkesan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tren empat gerabak terbaharu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), di Salak Tinggi, di sini pada Khamis.
Liow, yang juga presiden MCA, berkata janji pembangkang dalam Belanjawan Alternatif untuk membangunkan negeri Sabah dan Sarawak adalah hanya semata-mata untuk meraih undi di kedua-dua negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Bajet kita (kerajaan) fokus kepada ekonomi berasaskan rakyat dan lebih realistik," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap menteri kewangan akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen, pada Jumaat. - Bernama
Topic Berkaitan
#Bajet 2017
#Belanjawan Alternatif 2017
#Liow Tiong Lai
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan