Skip to main content

Malaysia

Kerajaan perkukuh kesiapsiagaan negara hadapi ancaman geopolitik - Anwar

Anwar berkata kerajaan mengambil serius perkembangan itu dan telah mengadakan Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Khas semalam. - Foto fail/Astro AWANI
Anwar berkata kerajaan mengambil serius perkembangan itu dan telah mengadakan Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Khas semalam. - Foto fail/Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkukuh tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik dan ancaman keselamatan global, termasuk memastikan bekalan makanan, air dan tenaga negara mencukupi serta tidak terganggu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan konflik antarabangsa menunjukkan ancaman keselamatan kini bukan sahaja melibatkan peperangan konvensional, malah merangkumi serangan siber, penyebaran maklumat palsu, sabotaj infrastruktur kritikal serta gangguan rantaian bekalan.

Beliau berkata kerajaan mengambil serius perkembangan itu dan telah mengadakan Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Khas semalam bagi meneliti tahap kesiapsiagaan negara serta keupayaan mekanisme sedia ada dalam menghadapi krisis dan ancaman hibrid.

Advertisement

“Hasil perbincangan tersebut, kerajaan berpandangan bahawa mekanisme pengurusan keselamatan dan krisis negara yang sedia ada perlu terus diperkukuh, khususnya dari segi penyelarasan antara agensi, perkongsian maklumat dan kejelasan peranan setiap pihak.

“Pendekatan ini penting bagi memastikan tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, tanpa pertindihan tanggungjawab atau kelewatan dalam membuat keputusan,” kata Anwar ketika membentangkan kenyataan berhubung tahap kesiapsiagaan keselamatan negara dalam menghadapi perkembangan konflik geopolitik dan ketegangan keselamatan serantau serta antarabangsa di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement