awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
Greenland kekal di bawah Denmark, AS tidak akan langgar kedaulatan - Presiden Perancis
AFCON 2025: Aksi cemerlang Amad Diallo pastikan Ivory Coast ke suku akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banci Ekonomi 2026 meliputi 1.34 juta pertubuhan perniagaan di Malaysia

Bernama
Bernama
05/01/2026
07:45 MYT
Banci Ekonomi 2026 meliputi 1.34 juta pertubuhan perniagaan di Malaysia
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin (dua,kanan) ketika sidang media pada Majlis Pelaksanaan Sesi Kick-Off Banci Ekonomi 2026 di Pasar Tani Kekal FAMA, Presint 4 hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Sebanyak 1.34 juta entiti perniagaan di seluruh negara, merangkumi perniagaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat besar terlibat dalam Banci Ekonomi (BE) 2026 yang dilaksanakan bermula hari ini sehingga 31 Okt 2026.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata BE2026 dilaksanakan setiap lima tahun dan antara projek terbesar Jabatan Perangkaan (DOSM) tahun ini bagi memastikan data ekonomi negara lebih menyeluruh dan mencerminkan keadaan sebenar ekonomi pasca COVID-19.
"Pelaksanaan banci ini dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu pertama, bermula hari ini sehingga 28 Feb melibatkan pengumpulan data bagi pertubuhan sektor informal dan mikro, fasa kedua 1 Mac hingga 30 Jun (pertubuhan mikro, kecil dan sederhana) dan fasa ketiga, 1 Jun hingga 31 Okt 2026 melibatkan pertubuhan sederhana dan besar.
"Pengumpulan data bagi pelaksanaan aktiviti banci ini akan menggunakan kaedah temu ramah secara bersemuka, dalam talian dan melalui pos," katanya pada sidang media selepas Sesi Kick-Off Banci Ekonomi 2026 di sini hari ini.
Pengumpulan data bagi fasa satu akan melibatkan proses temu ramah secara bersemuka menggunakan kaedah borang soal selidik dan melalui sistem e-Mikro manakala fasa kedua dan ketiga pula akan menggunakan pengisian borang secara dalam talian, penghantaran borang melalui pos, komunikasi menggunakan e-mel atau telefon dan temu ramah secara bersemuka.
Bertemakan Data Nadi Ekonomi Rakyat, BE2026 akan dilaksanakan di seluruh negara melibatkan semua pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia termasuk sektor ekonomi iaitu pertanian, pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta perkhidmatan.
Berdasarkan rekod terkini DOSM, pada 2025 pertubuhan mikro merangkumi bahagian terbesar dengan 74.3 peratus, diikuti pertubuhan kecil 20.8 peratus, pertubuhan besar 3.8 peratus dan pertubuhan sederhana 1.1 peratus.
Mohd Uzir dalam pada itu berkata DOSM akan melaksanakan semakan tahun asas baharu 2025 bagi pengukuran data ekonomi negara yang dijangka digunakan mulai 2028, menggantikan tahun asas 2015 yang masih diguna pakai ketika ini.
"Dengan adanya data ini nanti, semua data ekonomi tahun asas akan bergerak kepada 2025. IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) telah menyatakan banyak negara perlu bergerak untuk menilai semua data-data ekonomi menggunakan tahun-tahun asas yang tertinggi.
"2025 dijangka menjadi tahun yang lebih stabil dengan ekonomi negara telah melepasi fasa pemulihan pasca pandemik dan kembali ke tahap yang lebih normal, sekali gus menjadikannya sesuai sebagai tahun asas baharu," katanya.
BE2026 adalah banci keenam dilaksanakan di Malaysia sejak 2001.
Liputan BE2026 akan menggunakan Klasifikasi Standard Perindustrian Malaysia 2025 yang merangkumi lima sektor, 17 seksyen dan 1,216 industri yang dikemas kini bagi mencerminkan perubahan struktur ekonomi semasa termasuk kemunculan industri berasaskan inovasi, tenaga lestari, teknologi maklumat dan ekonomi digital.
Selaras dengan aspirasi pembangunan negara, BE2026 menyokong pelaksanaan dasar-dasar nasional utama termasuk Rancangan Malaysia Ke-13, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Agenda Ekonomi Digital, Revolusi Industri 4.0, Matlamat Pembangunan Mampan 2030 dan Pelan Strategik Ekonomi Bumiputera 2035.
BE2026 turut memberi tumpuan kepada landskap ekonomi baharu dalam memberi penekanan khusus kepada ekonomi rakyat termasuk perkhidmatan bergerak, platform gig, perniagaan mikro dan aktivitiperniagaan tidak formal.
Buat julung kalinya, banci itu akan meliputi sektor informal seperti penjaja makanan, peniaga pasar tani, kedai runcit kecil, pengusaha pengangkutan, inap desa, pusat tuisyen, perniagaan mikro bergerak serta pelbagai aktiviti ekonomi sokongan yang beroperasi yang menyumbang secara signifikan kepada ekosistem ekonomi setempat dan di kawasan bandar terancang seperti Putrajaya.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Banci Ekonomi
#Mohd Uzir Mahidin
#entiti perniagaan
#DoSM
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan