Greenland kekal di bawah Denmark, AS tidak akan langgar kedaulatan - Presiden Perancis

Presiden Macron menepis spekulasi bahawa Amerika Syarikat mungkin merampas Greenland, sambil menegaskan, beliau tidak percaya Washington akan melanggar kedaulatan Denmark, sekutu lama AS. - Gambar fail AP
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menepis spekulasi bahawa Amerika Syarikat (AS) mungkin merampas Greenland, sambil menegaskan, beliau tidak percaya Washington akan melanggar kedaulatan Denmark, sekutu lama AS.
“Saya tidak dapat bayangkan senario di mana Amerika Syarikat berada dalam kedudukan untuk melanggar kedaulatan Denmark,” kata Macron kepada saluran France 2.
“Greenland adalah wilayah di bawah kedaulatan Denmark, dan ia akan kekal begitu,” tambahnya.
Kenyataan Macron hadir selepas pembantu Presiden AS, Stephen Miller, pada Isnin berkata, Greenland sepatutnya menjadi sebahagian daripada AS dan mendakwa tiada siapa akan menentang tentera Amerika berhubung isu itu. - Agensi


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

