awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kementerian Komunikasi berjaya laksana reformasi kerenah birokrasi - KSN
MALAYSIA
Kelemahan penyampaian maklumat punca KDEBWM rekod saman tertunggak tertinggi
MALAYSIA
PBT diseru tingkat kecekapan perkhidmatan awam, pacu pembangunan rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Bank-bank akan mula laksanakan cukai perkhidmatan terhadap perkhidmatan kewangan mulai 1 Julai depan

Bernama
Bernama
25/06/2025
14:00 MYT
Sponsor Banner
Bank-bank akan mula laksanakan cukai perkhidmatan terhadap perkhidmatan kewangan mulai 1 Julai depan
ABM akan mula melaksanakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan yang berkaitan secara berperingkat mulai 1 Julai, 2025, mengikut garis panduan dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Anggota Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) akan mula melaksanakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan yang berkaitan secara berperingkat mulai 1 Julai, 2025, mengikut garis panduan dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Ini berikutan pewartaan perundangan cukai perkhidmatan baru-baru ini berhubung pengembangan skop cukai perkhidmatan, kata ABM, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA).
Ketiga-tiga persatuan itu berkata, pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan akan selaras dengan perundangan dan garis panduan berkaitan yang diwartakan atau dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan JKDM.
"Cukai perkhidmatan akan dikenakan pada kadar lapan peratus ke atas perkhidmatan kewangan berasaskan yuran dan komisen.
"Kami memberi jaminan kepada pelanggan bahawa beberapa pengecualian telah diberikan, contohnya perkhidmatan perbankan asas untuk orang ramai termasuk caj semasa dan berkaitan akaun simpanan akan kekal dikecualikan daripada cukai perkhidmatan untuk kedua-dua perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam," katanya.
Untuk maklumat lanjut, ABM, AIBIM dan MIBA menasihati orang ramai untuk merujuk kepada pengumuman/kenyataan daripada bank masing-masing, ia akan diterbitkan menerusi saluran rasmi bank tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#cukai perkhidmatan
#perkhidmatan kewangan
#ABM
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami