awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai tertinggi ATM hadir sekali lagi ke SPRM beri keterangan behubung kes rasuah
xAI rancang bangunkan AI kuasai robot seperti Tesla Optimus
Tiada kompromi kes buli di sekolah, KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini

Bernama
Bernama
12/01/2026
02:10 MYT
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
JPBN Sarawak memaklumkan sebanyak 25 PPS masih aktif setakat ini melibatkan kawasan Serian, Siburan, Sibu, Selangau, Bintulu dan Sebauh. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak mencatatkan peningkatan manakala di Sabah tidak berubah setakat pagi ini.
Di SARAWAK, jumlah mangsa meningkat kepada 3,111 orang daripada 962 keluarga berbanding 2,802 orang daripada 864 keluarga pada petang semalam.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan sebanyak 25 PPS masih aktif setakat ini melibatkan kawasan Serian, Siburan, Sibu, Selangau, Bintulu dan Sebauh.
"Antara PPS yang menempatkan mangsa paling ramai ialah PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh, Serian dengan 431 mangsa daripada 125 keluarga diikuti Dewan Masyarakat Serian (325 mangsa daripada 94 keluarga) dan PPS Dewan Suarah Bintulu (306 mangsa daripada 114 keluarga)," menurut kenyataan itu.
Di SABAH, jumlah mangsa kekal 366 orang daripada 138 keluarga, sama seperti yang direkodkan petang semalam.
Kenyataan Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan bahawa kesemua mangsa di daerah Beaufort ditempatkan di dua PPS yang masih beroperasi.
Menurut kenyataan itu, Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Dewan Slagon merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 328 orang daripada 123 keluarga manakala PPS Dewan Sri Dayang Shahbandar, Padas Damit menempatkan 38 mangsa daripada 15 keluarga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa banjir
#Sabah dan Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan