awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank-bank perlu bersedia untuk masa depan, tangani cabaran baharu

Bernama
Bernama
23/05/2023
14:07 MYT
Bank-bank perlu bersedia untuk masa depan, tangani cabaran baharu
Mohd Shahar berkata industri perbankan Malaysia telah menempuh pelbagai perubahan besar, terutama aspek teknologi dan inovasi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bank-bank Malaysia perlu membuat persediaan bagi masa depan dan berupaya menangani cabaran serta peluang baharu dalam era semasa, kata mantan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Beliau berkata, ini penting memandangkan masa depan perbankan itu adalah berteraskan kepada aspek kemampanan, inklusif serta inovatif.
Malah, bank juga perlu mempunyai kapasiti untuk menjalankan operasi menerusi usaha meminimumkan kesan terhadap alam sekitar selain menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.
"Inklusif ini merujuk kepada keupayaan bank-bank untuk berkhidmat kepada segenap segmen masyarakat, termasuk yang kurang atau tidak menikmati perkhidmatan itu menerusi produk dan perkhidmatan yang inovatif," katanya pada Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan Malaysia Kelima 2023 di sini, hari ini.
Mohd Shahar berkata industri perbankan Malaysia telah menempuh pelbagai perubahan besar, terutama aspek teknologi dan inovasi.
"Perbankan digital muncul sebagai satu trend yang signifikan dalam industri ini menerusi penggunaan platform digital, perbankan mudah alih dan perkhidmatan perbankan secara dalam talian," katanya.
Beliau berkata, kepesatan kemajuan teknologi turut menyuntik transformasi kepada industri perbankan negara.
Oleh itu, adalah penting bagi bank-bank ini untuk menerima transformasi ini menerusi pelaburan dalam teknologi inovatif seperti kecerdasan buatan (AI), blockchain dan fintech.
Menerusi cara itu, katanya, pihak bank dapat meningkatkan kecekapan operasi masing-masing, mengurangkan kos dan memperluas pengalaman pelanggan.
"Salah satu bidang yang melibatkan peranan penting teknologi adalah pengurusan risiko. Sejajar dengan kesukaran dan kepelbagaian risiko dihadapi oleh bank masa kini, adalah penting bagi institusi ini memanfaatkan teknologi untuk menguruskan risiko dengan lebih berkesan.
"Teknologi AI misalnya dapat membantu bank untuk menganalisis jumlah data yang besar, mengenal pasti risiko dan mengambil langkah sewajarnya bagi menangani keadaan itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengalaman pelanggan
#teknologi
#risiko
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan