awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank dijangka masih raih manfaat daripada kos kredit lebih rendah, kenaikan OPR

Bernama
Bernama
07/10/2022
06:29 MYT
Bank dijangka masih raih manfaat daripada kos kredit lebih rendah, kenaikan OPR
Sektor perbankan sering sinonim dengan hasil dividen yang tinggi, dengan beberapa nama menawarkan hasil melebihi 4.0 peratus. - Gambar hiasan/DagangNews
KUALA LUMPUR: Bank dijangka masih meraih manfaat daripada kos kredit yang lebih rendah, faedah berkaitan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan pemulihan daripada sumber pendapatan bukan faedah pada masa depan, menurut MIDF Research dalam nota penyelidikan hari ini.
Katanya sektor perbankan sering sinonim dengan hasil dividen yang tinggi, dengan beberapa nama menawarkan hasil melebihi 4.0 peratus.
"Ini akan mengimbangi cabaran, iaitu kebimbangan mengenai kualiti aset, normalisasi perbelanjaan operasi, persaingan deposit yang tinggi dan pertumbuhan pinjaman yang sederhana berikutan normalisasi OPR.
"Bagaimanapun, kami berhati-hati mengenai kemungkinan Cukai Makmur 2023 diumumkan dalam Bajet 2023, yang boleh memberi tekanan penurunan kepada unjuran pendapatan dan harga saham," katanya.
Sementara itu, menurut firma penyelidikan tersebut, sejajar dengan permintaan pelanggan yang tinggi untuk mata wang asing (FCY) yang didorong oleh aktiviti perdagangan yang kukuh, hutang luar negeri bank telah pulih dengan ketara sejak bermula pandemik.
"Bagaimanapun, bank terus mengekalkan risiko sedemikian dengan baik," katanya, sambil menyatakan bebanan hutang tersebut adalah dalam bentuk pinjaman antara kumpulan, yang mengurangkan risiko pembiayaan semula.
Selain itu, katanya bank mengekalkan aset cair FCY yang besar - 2.6 kali meliputi "hutang berisiko" luaran jangka pendek (kira-kira paras sama seperti tempoh sebelum pandemik) manakala kedudukan terbuka bersih keseluruhan kekal rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#OPR
#kos kredit
#MIDF Research
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan