Bank Islam Malaysia Berhad tetap meninjau peluang yang ada untuk mengembangkan perniagaannya sehingga peringkat rantau Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia.
Pengarah Urusannya, Datuk Zukri Samat berkata, pada ketika ini, bank itu masih belum mengenal pasti calon rakan kongsi yang bersesuaian di dalam usahanya untuk menembusi pasaran luar negara.
"Setakat ini, kita masih belum ada peluang, tetapi jika ada, kita sememangnya berminat untuk melebarkan perniagaan ke Indonesia," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan zakat perniagaan Bank Islam berjumlah RM320,000 kepada Majlis Agama Islam Johor, di Kota Iskandar, di sini Isnin.
Majlis itu disaksikan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sebelum ini, Bank Islam dikatakan sedang berunding dengan sebuah bank Islam di Indonesia bagi mengambil alih antara 30 hingga 40 peratus kepentingannya bagi membolehkannya meluaskan operasinya ke negara terbabit.
Sementara itu, Zukri berkata Bank Islam akan mengembangkan operasinya di negara ini dengan membuka lima cawangan baharu di seluruh negara sebelum berakhir tahun ini.
Ketika ini, katanya terdapat 130 cawangan bank berkenaan di seluruh negara termasuk terbaharu membabitkan cawangan Sungai Buloh, Selangor, yang dibuka Isnin.
Terdapat 15 cawangan Bank Islam di Johor ketika ini yang merupakan kedua terbesar selepas Lembah Klang yang mempunyai 32 cawangan, katanya.
Mengenai zakat terbabit, Zukri berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan wang zakat Bank Islam berjumlah RM9.2 juta bagi tahun kewangan 2012, berdasarkan keuntungan yang diraih oleh bank sebanyak RM600 juta pada tahun lepas.
"Kalau tahun lepas, keuntungan sebelum cukai adalah RM600 juta, tahun ini kita sasar peningkatan 10 hingga 15 peratus," katanya
Bernama
Mon Jul 15 2013
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky
Malaysia muncul sebagai antara negara peneraju dalam rangka kerja pengawalseliaan keselamatan siber di Asia Tenggara.
Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
Asia Tenggara berdepan kekurangan guru yang ketara - SEAMEO
Rantau Asia Tenggara kini berdepan dengan kekurangan guru yang ketara dan boleh menghalang pembangunan generasi celik digital.
Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI
Laporan mengenai hasrat Tesla membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya.
PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan memulakan siri lawatan pengenalannya ke ibu kota Asia Tenggara, bermula dengan Brunei dan Malaysia, dari 11 hingga 12 Jun ini.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.