Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan tidak akan menambat nilai ringgit meskipun nilai unit tempatan itu kini mencecah paras RM4.44 berbanding Dolar AS.
Menurut Gabenor, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tambatan nilai ringgit akan menyebabkan berlakunya pelarasan kepada harga dan permintaan yang bakal memberikan kesan besar kepada ekonomi.
"Malaysia mempunyai asas ekonomi yang boleh diselaras mengikut persekitaran semasa. Apabila ketidaktentuan global seperti kenaikan kadar faedah AS diselesaikan, ringgit akan kembali pulih."
Katanya kepada pemberita selepas menyampailan ucaptama pada Simposium Global bagi Kekukuhan Kewangan di sini hari ini.
Dr Zeti berkata ketidaktentuan termasuk kelemahan harga komoditi dan minyak menyebabkan nilai ringgit sukar diramal.
"Kita harus tunjukkan kita mampu keluar dari tempoh sukar ini."
Katanya sambil menambah keadaan ekonomi semasa Malaysia tidak akan menjejaskan negara jiran.
Beliau berkata pelabur harus melihat kepada asas perbankan dan sistem kewangan Malaysia yang kukuh.
"Pertumbuhan meskipun menyederhana namun masih kukuh jika berdasarkan persekitaran global kini."
Malah katanya ekonomi Malaysia kini 80 peratus disumbang pembuatan dan perkhidmatan berbanding bergantung kepada komoditi.
Sementara itu Dr Zeti berkata pasaran bon Malaysia tidak akan runtuh susulan pelepasan pegangan bon bernilai RM11 bilion oleh pelabur asing.
"Kebanyakkan bon ini adalah dalam dedominasi ringgit dan Malaysia mempunyai pelabur institusi yang akan membeli bon domestik."
Najib Aroff
Wed Sep 30 2015
ZETI: Apabila ketidaktentuan global seperti kenaikan kadar faedah AS diselesaikan, ringgit akan kembali pulih.
Korban banjir kilat, gelongsoran lumpur di Sumatera Barat meningkat kepada 37
Daerah Agam paling teruk terjejas dengan 19 kematian, diikuti Daerah Tanah Datar (sembilan), Padang Pariaman (tujuh) dan Daerah Padang Panjang (dua).
Kuwait umumkan Kabinet baharu
Dekri Amir Kuwait dikeluarkan pada petang Ahad, mengumumkan pembentukan kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri yang dilantik, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah.
[TERKINI] Pembangunan kasino di Forest City adalah fitnah - Onn Hafiz
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi menegaskan dakwaan Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino adalah fitnah liar dan tidak benar.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Al Rajhi Bank lantik Mohd Syahrul Ishak sebagai CEO
Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd telah melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
JIM, KDN teroka penggunaan kod QR di pintu masuk negara
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneroka kaedah penggunaan kod respons pantas (QR) di beberapa pintu masuk utama negara bagi menangani isu kesesakan.
Penyelia tapak didenda RM3,500 ugut, cederakan teman lelaki bekas isteri
Penyelia tapak didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah mengugut dan mencederakan teman lelaki bekas isterinya minggu lalu.
Lagi barangan penjaja asing disita di Kuala Lumpur
DBKL meneruskan operasi tindakan khas dengan menyita barangan penjaja warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin atau Jalan Silang dan Lebuh Pudu pada Ahad.
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.