KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan menilai kesan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 100 mata asas (bps) pada 2022 ke atas ekonomi Malaysia sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut, kata Penolong Gabenor, Fraziali Ismail.
Beliau berkata OPR itu telah dinaikkan secara beransur-ansur kepada 2.75 peratus dan bank pusat mesti menilai kesannya terhadap keadaan ekonomi semasa.
"Kita berada di landasan untuk mencapai sasaran sebagai contoh, tahun ini, inflasi di antara 2.8 peratus dengan 3.8 peratus dan pertumbuhan ekonomi pula di antara empat peratus dengan lima peratus," katanya kepada pemberita selepas Ucapan Tahunan Gabenor BNM pada Forum Ekonomi Malaysia anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Asia School of Business di sini, pada Isnin.
Terdahulu dalam ucaptamanya, beliau berkata dasar monetari akan terus mengimbangi risiko inflasi domestik dan pertumbuhan ekonomi, justeru, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan terus memantau kesan pelarasan OPR yang lepas ke atas ekonomi.
"Setakat ini, kesan pelarasan OPR yang lepas terhadap keadaan kewangan adalah teratur, tiada tanda-tanda pengetatan yang keterlaluan bagi penggunaan dan pelaburan, tanda-tanda penyederhanaan dalam kekuatan tekanan inflasi susulan jangkaan normalisasi inflasi, namun inflasi kekal tinggi," katanya.
MPC BNM dijadual mengadakan mesyuarat ketiga pada 2 dan 3 Mei, 2023.
Fraziali berkata normalisasi tahap akomodasi dasar monetari yang seterusnya akan terlihat menerusi keadaan yang berubah, dan pada masa sama, MPC kekal berwaspada dengan faktor kos termasuk yang timbul daripada perkembangan pasaran kewangan yang boleh menjejaskan prospek inflasi.
Tekanan harga mungkin lebih berterusan berbanding jangkaan, katanya.
Beliau berkata oleh itu penting untuk menguruskan inflasi dalam memastikan pertumbuhan jangka panjang yang mampan.
"Sebarang pelarasan ke atas tahap akomodasi akan terlihat menerusi keadaan global dan domestik yang berubah-ubah serta implikasinya terhadap unjuran keseluruhan pertumbuhan dan inflasi domestik," katanya.
Melalui laporan Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2022 yang dikeluarkan BNM baru-baru ini, pertimbangan dasar monetari MPC akan tertumpu kepada pengurusan risiko inflasi di samping menyokong pertumbuhan ekonomi mampan pada 2023, dan sama seperti ekonomi lain, 2023 akan menjadi tahun mencabar bagi ekonomi Malaysia dengan pertumbuhan ekonomi diunjurkan lebih sederhana manakala inflasi dijangka kekal tinggi.
Dalam laporan itu, Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata pelarasan dasar monetari yang berlebihan boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi negara, manakala kurang pelarasan pula boleh menyebabkan jangkaan inflasi tidak terkawal yang menjejaskan kuasa beli pengguna dan kemampanan pertumbuhan ekonomi.
"Dalam persekitaran ini serta selaras dengan mandat BNM di sisi undang-undang untuk menggalakkan kestabilan harga dan pada masa yang sama memberikan perhatian sewajarnya kepada perkembangan dalam ekonomi, MPC telah menaikkan OPR secara beransur-ansur dan terkawal.
"Memandangkan dasar monetari berfungsi dengan sela masa, tindakan mengekalkan OPR baru-baru ini membolehkan MPC menilai kesan daripada pelarasan OPR secara berturut-turut, di samping perkembangan keadaan yang mempengaruhi prospek pertumbuhan dan inflasi," katanya dalam laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Fraziali berkata OPR itu telah dinaikkan secara beransur-ansur kepada 2.75 peratus dan bank pusat mesti menilai kesannya terhadap keadaan ekonomi semasa. - Fail/BERNAMA
Bangladesh buka semula sekolah walaupun cuaca masih panas
Pelajar kembali ke sekolah di seluruh Bangladesh walaupun negara itu dilanda gelombang panas berlarutan yang mendorong pembelajaran secara bersemuka ditangguhkan, hujung minggu lalu.
Filipina tangguh kelas secara bersemuka kerana cuaca panas
Filipina menangguhkan kelas bersemuka di semua sekolah kerajaan selama dua hari, susulan cuaca panas melampau dan mogok oleh pemandu jeepney atau bas mini di seluruh negara.
Puting beliung landa bandar Guangzhou
Puting beliung melanda bandar Guangzhou di selatan China dan mengorbankan lima nyawa dan 33 lagi cedera.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Menurut laporan CCTV, puting beliuang itu melanda daerah Baiyun di Guangzhou pada petang Sabtu.
Tak dapat jadi TPM, Menteri Luar Thailand letak jawatan
Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara meletak jawatan secara mengejut hari ini, selepas tidak dinamakan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan Kabinet.
20 tentera maut, gudang peluru di Kemboja meletup
Sebuah gudang peluru tentera meletup pada Sabtu membunuh sekurang-kurangnya 20 tentera dan mencederakan beberapa yang lain di tengah Kemboja.
Tumpuan Isnin - 29 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.