awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank pusat India campur tangan elak bank utama muflis

Bernama
Bernama
06/03/2020
04:54 MYT
Bank pusat India campur tangan elak bank utama muflis
Ini merupakan krisis perbankan kedua yang melanda India dalam tempoh tujuh bulan. - Gambar fail
Bank pusat India terpaksa campur tangan bagi menyelamatkan sebuah institusi kewangan utama negara itu, Yes Bank Ltd yang sedang bergelut dengan masalah kewangan.
Reserve Bank of India (RBI) telah menggantung operasi Yes Bank dan mengehadkan pengeluaran deposit pada 50,000 rupee (kira-kira RM2,800) untuk setiap akaun sebulan dan menggantikan semua ahli Lembaga Pengarahnya.
Yes Bank juga telah mengadakan perbincangan dengan beberapa firma ekuiti persendirian bagi mendapatkan suntikan modal, namun terbukti gagal setakat ini.
"Kedudukan kewangan Yes Bank Ltd telah mencatat penyusutan ketara berikutan kegagalan mengumpul modal untuk menangani potensi perugian pinjaman dan membawa kepada semakan penurunannya. Ini telah menyebabkan kalangan pelabur menuntut obligasi bon serta pengeluaran deposit atau simpanan," kata RBI dalam satu kenyataan pada Khamis.
Bank pusat itu turut memberi jaminan kepada para pendeposit bank itu bahawa kepentingan mereka "akan dilindungi sepenuhnya dan mereka tidak perlu panik."
Menurut maklumat di laman webnya, Yes Bank yang berpangkalan di Mumbai adalah peminjam persendirian keempat terbesar di India dan mengendalikan sebanyak 1,000 cawangan.
RBI berkata Yes Bank telah "mengalami isu serta amalan tadbir urus yang serius" sejak beberapa tahun lepas.
Ini merupakan krisis perbankan kedua yang melanda India dalam tempoh tujuh bulan.
Pada September lepas, bank pusat itu terpaksa menguatkuasakan sekatan bagi pengeluaran deposit Bank Koperasi Punjab dan Maharashtra (PMC) membabitkan skandal pinjaman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bank
#India
#Mumbai
#operasi
#RBI
#Reserve Bank of India
#rupee
#Yes Bank Ltd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan