awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barakah tarik balik saman terhadap Petronas serta pengurusan kanan

Dagang News
Dagang News
09/05/2023
05:45 MYT
Barakah tarik balik saman terhadap Petronas serta pengurusan kanan
Pada September tahun lepas, Barakah memfailkan saman terhadap Petronas bersama enam individu, kerana menggantung anak syarikat milik penuhnya, PBJV untuk membida projek baharu daripada Petronas pada 2019. - Gambar/ DagangNews
KUALA LUMPUR: Barakah Offshore Petroleum Bhd memutuskan untuk menghentikan tindakan undang-undangnya terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kerana menggantung lesen unit milik penuhnya untuk membida projek baharu daripada syarikat minyak nasional itu pada 2019.
Barakah juga menggugurkan tindakan undang-undang terhadap bekas presiden merangkap ketua pegawai eksekutif (CEO) Petronas Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Arifin; presiden semasa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan enam defendan, termasuk ketua pegawai kewangan Petronas Liza Mustapha sebagai defendan, menurut maklumannya di Bursa Malaysia.
Defendan lain termasuk Shamsudin Miskon, Nasrin Amir, Noor Mohamad Taj, Freida Amat dan Shaliza Abdul Malik.
"Syarikat ingin mengumumkan bahawa syarikat telah memutuskan untuk menghentikan tindakan undang-undangnya terhadap semua defendan dalam saman sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersebut," katanya.
Oleh itu, saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap semua defendan telah dihentikan atau ditarik balik berkuat kuasa serta-merta, katanya.
Sementara itu, ia berkata bahawa kesan kewangan terhadap penarikan balik atau pemberhentian saman sivil hanya terhad kepada kos perundangan.
"Tiada potensi liabiliti dan kesan operasi ke atas syarikat," tambahnya.
Pada September tahun lepas, syarikat minyak dan gas itu memfailkan saman terhadap Petronas bersama enam individu yang dinamakan di atas, kerana menggantung anak syarikat milik penuhnya, PBJV Group Sdn Bhd (PBJV) untuk membida projek baharu daripada Petronas pada 2019.
Barakah memohon injunksi mandatori untuk penggantungan lesen ditarik balik, ganti rugi untuk penyelewengan dalam jawatan awam, dan ganti rugi untuk campur tangan yang menyalahi undang-undang dalam perdagangan atau perniagaan.
Sebelum ini, pada 29 Sept tahun lepas, ia juga menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan terdahulu RM1.02 bilion terhadap Petronas dan unitnya Petronas Carigali Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi pada 31 Mac 2022.
Barakah telah menuntut RM1.02 bilion sebagai pampasan daripada Petronas dan Petronas Carigali atas apa yang didakwa sebagai notis penggantungan yang tidak wajar. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Petronas
#Barakah Offshore Petroleum Bhd
#saman
#gantung lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan