KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 dilihat gagal menyediakan jaring keselamatan sosial yang mencukupi untuk warga pekerja di Malaysia.
Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ujar mereka, langkah diambil oleh Kerajaan dalam mengumumkan pengeluaran awal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya memudahkan laluan penabung menggunakan dana simpanan masa depan dan bukannya langkah untuk membantu rakyat menabung.
"Dengan hanya bertumpu kepada langkah populis gesaan ramai ahli politik berkisar pengeluaran awal KWSP, kerajaan hanya memudahkan laluan penabung menggunakan dana simpanan masa depan, bukannya melakukan sedaya upaya untuk membantu rakyat menabung.
"43% daripada senarai pencarum di bawah umur 55 tahun, mempunyai simpanan kurang daripada RM10 ribu melalui Akaun 1. Dengan simpanan yang tidak bertambah, pihak Kerajaan lebih rela membiarkan rakyat menikmati kehidupan persaraan dengan pendapatan yang tidak lebih daripada RM41 sebulan selama dua puluh tahun yang mendatang. Sebaiknya kerajaan dahulukan dana, selamatkan simpanan rakyat," jelas kenyataan itu.
Malah menurut kenyataan itu, Belanjawan 2021 dilihat kurang fokus kepada penjanaan peluang pekerjaan yang kalis masa hadapan dan pandemik COVID-19.
"Terdapat juga kekurangan fokus kepada penjanaan peluang pekerjaan yang kalis masa depan, termasuk kalis pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi berikutnya. Keadaan ekonomi dijangka bertambah buruk menjelang 2021.
"Belanjawan yang hanya menabur janji- janji melalui hasil pendapatan dan memotong sebegitu banyak kemudahan penting yang pastinya tidak memenuhi keperluan Rakyat. Ini menjurus ke arah permasalahan yang lebih besar apabila terus dimainkan seperti kesan terhadap perang pemerdagangan global dan komitmen dalam menangani cabaran perubahan iklim," jelas kenyataan itu lagi.
Penubuhan Kaukus Reformasi Ekonomi, Sosial dan Kebajikan
Dalam perkembangan berkaitan, tiga Ahli Parlimen itu turut mengumumkan Penubuhan Kaukus Reformasi Ekonomi, Sosial dan Kebajikan.
Fungsi Kaukus itu antara lain bagi memastikan kerajaan memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan dasar yang konkrit serta perincian mengenai tiga isu utama.
"Kaukus ini percaya bahawa Kerajaan pada masa ini mesti memberi tumpuan kepada kesiap-siagaan dasar yang konkrit dan terperinci mengenai isu-isu utama semasa, peluang pekerjaan yang menepati keperluan masa depan, perjanjian baharu yang hijau dan perluasan jaringan keselamatan sosial.
"Sebagai Ahli Parlimen, semestinya mewakili komponen koalisi di dalam Dewan Rakyat. Bahkan, sebagai anggota Pembangkang dalam demokrasi berparlimen, Ahli Parlimen bertanggungjawab dalam menyediakan asas sistem semak dan imbang yang secukupnya dalam mengekang keboborokan pihak kerajaan," jelas kenyataan itu.
Fareez Azman
Fri Nov 27 2020

Ketiga-tiga mereka berpendapat Belanjawan 2021 dilihat kurang fokus kepada penjanaan peluang pekerjaan yang kalis masa hadapan dan pandemik COVID-19.

SPPP pelawa pihak berkelayakan kemuka cadangan untuk pajakan feri
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang pelawa pihak berkelayakan mengemukakan cadangan masing-masing bagi tawaran pajakan feri ikonik Pulau Pinang untuk dijadikan muzium atau restoran terapung.

Ambil lebih 9,000 pekerja tempatan, Top Glove hargai bakat anak muda
Inisiatif untuk mengambil 9,000 tenaga tempatan, termasuk lebih 2,000 siswazah yang baru menamatkan pelajaran, adalah sumbangan kecil mereka dalam memajukan ekonomi negara.

Polis tumpas 'Geng Habib' dalang pemalsuan surat keputusan ujian COVID-19
Polis menahan lima lelaki warga Pakistan termasuk dalang sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan surat keputusan ujian COVID-19 dalam beberapa siri serbuan sejak minggu lalu.

PKP di Bahagian Sibu dan PKPB di seluruh Sarawak dilanjutkan 14 hari
JPBN Sarawak melanjutkan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu selama 14 hari.

Badan khas yang lebih ketat perlu ditubuhkan kawal aktiviti selepas PKP
Dr Malina bersetuju jika beberapa sektor ekonomi diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.

COVID-19: Top Glove nafi tidak bersedia dari awal
Penularan gelombang ketiga benar-benar memberi kesan kerana ia berlaku pada skala lebih besar, berbanding gelombang pertama dan kedua.

Kereta Ferrari 430 terbakar, mujur pemandu selamat
Kebakaran memusnahkan sehingga 80 peratus daripada fizikal kenderaan mewah berkenaan.

Siti Nurhaliza raih enam anugerah Joox, atasi Justin Bieber
Siapa kata artis Malaysia tidak dikenali di mata dunia? Jika ada yang masih mempunyai anggapan sedemikian, ternyata anda silap sama sekali!

Sektor IKS | Kerajaan disaran fokus pada isu membelenggu IKS pasca COVID-19
Penyampaian pakej stimulus yang kurang berkesan, ketidakseimbangan polisi pendigitalan dan automasi dengan realiti sebenar perniagaan, serta kerumitan penguatkuasaan, antara isu yang menjejaskan kemampanan industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (IKS).

Macau Scam | 11 suspek direman di bawah POCA
Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu membenarkan 11 suspek yang dipercayai ahli sindiket Macau Scam direman selama 21 bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. Hakim Norashima Khalid memberi kebenaran itu bermula hari ini sehingga 16 Februari selepas menerima permohonan daripada pihak polis.

Kebenaran Ahli Parlimen di bawah HSO hadir Dewan Rakyat bukan perkara baharu
Semalam, tiga Ahli Parlimen berkenaan dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.

Tindakan pimpinan pembangkang luluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 mengecewakan
Tindakan pimpinan pembangkang meluluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis dilihat amat mengecewakan banyak pihak.

Belanjawan 2021 gagal sediakan jaring keselamatan sosial mencukupi untuk warga pekerja - Ahli Parlimen PKR
Belanjawan 2021 dilihat gagal menyediakan jaring keselamatan sosial yang mencukupi untuk warga pekerja di Malaysia.

Dewan Rakyat lulus RUU Langkah Sementara Kurangkan Kesan Penyakit COVID-19
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu bagi memastikan rang undang-undang itu lebih berkesan dalam membantu pihak yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 13 Julai 2020.

Proses hari ini amat mengecewakan - Nurul Izzah
Nurul Izzah sifatkan proses membabitkan usul menyingkirkan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen amat mengecewakan.

Kini masa untuk bina semula parti
"Desak kerajaan hari ini untuk mempertahan nilai-nilai murni dan mengutamakan rakyat terpinggir," kata Nurul Izzah.

Anwar ke perjumpaan PKR di Petaling Jaya
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilihat keluar daripada kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur sekitar 12 tengah hari dipercayai menuju ke Hotel Eastin, Petaling Jaya untuk mengada

Anwar pengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat PKR
Anwar tiba kira-kira 12.40 tengah hari dengan disambut laungan reformasi ratusan pengikutnya.