awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2025
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Disember 2025.
1.Gempa bumi lemah magnitud 3.4 dikesan di Bukit Kepong
Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, pada 8.55 pagi tadi.
2. Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan yang dicapai Kerajaan MADANI setakat ini adalah hasil daripada kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan padu rakyat terhadap pentadbiran negara.
3. Motosikal diubah suai secara ekstrem antara 65 kenderaan disita JPJ KL
Motosikal Yamaha Y15 yang diubah suai secara ekstrem dengan kos mencecah hingga RM18,000 antara 65 kenderaan yang disita dalam tiga operasi berasingan dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, malam tadi.
4. Suspek kes letupan di Nilai direman seminggu
Lelaki disyaki terlibat dalam kes letupan menggunakan bahan letupan buatan sendiri di Desa Palma, Nilai, direman sehingga 3 Jan depan.
5. Abu Bakar Hamzah angkat sumpah Menteri Besar Perlis baharu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah sah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis ke-12.
6. Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
Pemuda UMNO akan menganjurkan konvensyen khas sebagai platform untuk membincang, meneliti serta membuat keputusan mengenai hala tuju parti itu pada 3 Januari depan.
7. Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
Pas meminta ahli dan penyokong UMNO supaya menghidupkan semula semangat Muafakat Nasional (MN) sebagai asas perpaduan ummah menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
8. Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula - Mohamad Sabu
Para penternak tempatan telah mula membuat persiapan bekalan daging bagi menghadapi bulan Ramadan serta sambutan Aidilfitri pada tahun hadapan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
9. Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
Keputusan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini mewakili sebahagian daripada usaha yang lebih besar yang diperlukan untuk membawa perubahan di Malaysia, namun desakan untuk pembaharuan mesti diteruskan ketika negara melangkah ke 2026, kata Pengerusi Kebangsaan DAP Gobind Singh Deo.
10. Inisiatif MySTEP diteruskan pada 2026
Kerajaan memutuskan supaya inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme atau MySTEP diteruskan pada tahun depan.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#tempatan
#1MDB
#gempa bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan