awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Kerajaan komited tambah baik kehidupan pemain ekonomi gig

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/11/2020
09:59 MYT
Belanjawan 2021: Kerajaan komited tambah baik kehidupan pemain ekonomi gig
Mereka tidak dilindungi jaringan keselamatan sosial, bekerja begitu sahaja, tak ada apa-apa insurans atau apa-apa jaminan keselamatan sosial kerana desakan hidup. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan komited untuk menambah baik jaringan keselamatan sosial melibatkan pekerja dalam sektor informal atau ekonomi gig.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi Belanjawan 2021, kerajaan akan bekerjasama dengan majikan dan sektor swasta ke arah mewujudkan jaringan keselamatan sosial yang lebih komprehensif kepada para pekerja bidang itu.
"Ini adalah satu sub-sektor kegiatan ekonomi yang telah dapat membantu banyak kumpulan pendapatan dan pekerjaan.
"Dalam konteks perlindungan sosial, kita juga agak sedih mendengar berita kemalangan di jalan raya yang membabitkan delivery rider sebagai contoh.
BACA: Ekonomi gig mula dapat perhatian, rakyat terima kehidupan normal baharu
"Mereka tidak dilindungi jaringan keselamatan sosial, bekerja begitu sahaja, tak ada apa-apa insurans atau apa-apa jaminan keselamatan sosial kerana desakan hidup.
"Jadi kami amat prihatin terhadap nasib mereka," katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya hari ini.
Mengambil contoh inisiatif i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sejumlah 250,000 pekerja ekonomi gig telah berdaftar, namun hanya 20 peratus membuat caruman.
Selain itu, menerusi Skim Persaraan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO, penggiat ekonomi gig hanya perlu mencarum serendah RM157 setahun.
BACA: Perkeso harap lebih ramai pekerja ekonomi gig dapat perlindungan keselamatan sosial
Malah, kata Muhyiddin, caruman Skim Insurans Pekerjaan (EIS) hanya beberapa ringgit sebulan dan mampu mengurangkan beban mereka yang dibuang kerja.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#Muhyiddin Yassin
#KWSP
#kemalangan
#ekonomi
#keselamatan
#ekonomi gig
#gig economy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan