ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 April 2026.
1. Mengamuk di KLIA kerana selisih faham dengan isteri, terlepas penerbangan
Advertisement
Individu terbabit turut bertindak sedemikian dipercayai berselisih faham dengan isterinya berkaitan isu penjagaan anak.
2. Kes tetak di Triang: Polis tahan empat lagi suspek
Kesemua suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera antara 6 hingga 8 April.
3. Kelengkapan MALBATT di Lubnan bukan untuk operasi zon peperangan aktif - Khaled Nordin
Malaysia kini menunggu keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung semakan semula terma penugasan pasukan pengaman negara di bawah Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
4. Tarikh akhir permohonan lepasan SPM ke IPT dilanjut sehingga 13 April
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melanjutkan tempoh permohonan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pengajian tinggi melalui platform UPUOnline sehingga 13 April, Isnin pukul 12 tengah hari.
5. Anggota polis ditempatkan di stesen minyak perkasa pemantauan ketirisan bahan api
Jemaah Menteri mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan kerana peningkatan risiko ketirisan bahan api akibat krisis tenaga global, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
6. Polis klasifikasi semula kes koperal pukul rakan setugas sebagai kes bunuh
Polis mengklasifikasikan semula kes seorang anggota tentera berpangkat koperal memukul tujuh anggota lain, termasuk menyebabkan seorang daripada mereka cedera parah di Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja, Bentong, 31 Mac lepas.
7. Malaysia kecam sekeras-kerasnya kelulusan 34 penempatan haram baharu Israel
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan terbaharu rejim Zionis Israel yang meluluskan pembinaan 34 penempatan haram baharu di Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT).
8. Anggota tentera parah dipukul dalam kem meninggal dunia
Seorang anggota tentera berpangkat prebet yang sebelum ini dilaporkan parah akibat dipukul di kem disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital di Temerloh pada pagi Sabtu.
9. ANM kumpul 10,000 bahan berkaitan Tun Abdullah Ahmad Badawi
Arkib Negara Malaysia (ANM) telah mengumpul lebih 10,000 bahan berkaitan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang kini dalam proses penyenaraian untuk ditempatkan di Memorial Tun Abdullah Ahmad Badawi.
10. Zii Jia sah sertai Piala Thomas 2026
Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia disenaraikan untuk menggalas tugas negara dalam saingan Piala Thomas 2026 yang akan berlangsung di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini.