KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia dijangka berada dalam aliran lemah minggu depan sementara menunggu pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 Nov.
Seorang penganalisis berkata analisis teknikal di petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menunjukkan corak lemah yang menandakan momentum yang lebih rendah.
"Indeks kekuatan relatif (RSI) bagi FBM KLCI ketika ini berada pada 14, di bawah RSI 30, yang menandakan kedudukan terlebih jualan.
"Bagaimanapun, sementara menunggu perkembangan tempatan, momentum itu sama ada akan meningkat atau terus jatuh lagi selepas pembentangan belanjawan pada Jumaat depan," katanya.
Pelabur-pelabur juga akan menunggu keputusan kadar faedah oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Selasa (3 Nov) serta pengumuman data pengangguran dan pengeluaran perindustrian Malaysia pada 9 Nov.
Beliau berkata selain pembentangan belanjawan dan mesyuarat MPC, pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan berlangsung pada 3 Nov juga akan mempengaruhi pergerakan pasaran terutamanya di pasaran sedang pesat membangun.
FBM KLCI dijangka mencatatkan pergerakan tidak menentu antara paras 1,430 dan 1,470 sementara menunggu pengumuman belanjawan.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, bursa tempatan menyaksikan jualan besar-besaran di Pasaran ACE, menerajui penurunan indeks hampir 11 peratus kepada 9,443.20 berikutan ketidaktentuan di pasaran tempatan.
Pada Jumaat, pasaran mencatatkan penurunan terbesarnya di keseluruhan papan dengan FBM KLCI menjunam 28.31 mata atau 1.89 peratus selepas aliran rendah berterusan pada minggu ini.
KLIK UNTUK PERKEMBANGAN BELANJAWAN 2021
Sepanjang minggu yang baru berakhir ini, pasaran dipengaruhi secara langsung oleh senario politik tempatan, Belanjawan 2021, pilihan raya baharu yang mungkin diadakan sebaik sahaja pandemik COVID-19 dapat dikawal, penurunan harga minyak mentah dunia serta pergerakan pasaran global.
Pasaran ditutup pada Khamis sempena cuti umum sambutan Maulidur Rasul.
FBM KLCI turun 27.75 mata minggu ini kepada 1,466.89 berbanding 1,494.64 pada Jumaat minggu sebelumnya.
Di papan skor, Indeks FBM Emas berkurangan 213.65 mata kepada 10,613.58, Indeks FBMT 100 turun 208.0 mata kepada 10,423.63 dan Indeks Syariah FBM Emas Shariah jatuh 212.43 mata kepada 12,741.68.
FBM 70 susut 273.25 mata kepada 13,985.09.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 349.77 mata kepada 12,009.39 dan Indeks Perladangan susut 53.10 mata kepada 6,801.90 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 3.22 mata kepada 141.14.
Indeks Teknologi berkurangan 1.09 mata kepada 59.69 manakala Indeks Penjagaan Kesihatan turun 38.49 mata kepada 3,083.37.
Semasa minggu dagangan yang singkat ini, jumlah dagangan turun kepada 21.09 bilion unit bernilai RM16.16 bilion daripada 42.67 billon unit bernilai RM25.89 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 11.43 bilion saham bernilai RM12.94 bilion daripada 23.18 bilion saham bernilai RM20.43 bilion.
Jumlah dagangan waran turun kepada 2.84 bilion unit bernilai RM735.43 juta berbanding 4.06 bilion unit bernilai RM988.80 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE juga susut kepada 6.80 bilion bernilai RM2.48 bilion daripada 14.66 bilion saham bernilai RM4.22 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 31 2020
Analisis teknikal di petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menunjukkan corak lemah yang menandakan momentum yang lebih rendah. - Foto BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.