KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Belanjawan 2021 perlulah bersifat belanjawan mengembang demi menyelamatkan pekerjaan, perniagaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas teruk susulan penularan COVID-19.
Menurut beliau, inilah masanya kerajaan menggandakan bantuan dan rangsangan menggunakan pendekatan bersasar kepada golongan yang paling terhimpit.
Katanya, kerajaan tidak boleh membiarkan rakyat hidup merana, perniagaan ditutup selamanya serta ekonomi negara terperangkap dalam ‘irreversible damage’.
“Gelombang ketiga pandemik COVID-19 yang telah melanda negara kita akan melambatkan lagi pemulihan ekonomi negara hingga ke suku pertama 2021.
“Yang lebih merisaukan, satu daripada dua keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur kini berada dalam kemiskinan mutlak, dengan 37 peratus sukar membeli makanan mencukupi dan 70 peratus sukar memenuhi perbelanjaan keperluan asas, berdasarkan Laporan siri ke-2 ‘Families on the Edge’, oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA),” katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya, di sini pada Sabtu.
Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, sekiranya pandemik dan perintah kawalan pelbagai peringkat ini berlanjutan, Malaysia mungkin berhadapan dengan pemulihan berbentuk keluk-K.
Jelas beliau, ini bermaksud, sesetengah industri memaparkan pemulihan ekonomi manakala industri lain terutamanya industri pelancongan dan penerbangan terus jatuh merudum.
“Pemulihan keluk-K ini juga akan terlihat nyata dalam kalangan masyarakat.
"Golongan berpendapatan tinggi kurang terkesan, tetapi golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan berpendapatan sederhana (M40) terutamanya yang bekerja sendiri, akan kehilangan mata pencarian sekali gus akan menjejas kualiti kehidupan dengan teruk.
"Jurang ketidaksamarataan ekonomi akan semakin ketara,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, buat masa ini, naratif untuk mengurangkan defisit kerajaan sebagai langkah pengukuhan fiskal perlu ditolak jauh.
"Usahlah dirisaukan sangat had hutang negara yang baru-baru ini telah dinaikkan kepada 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Hutang negara adalah untuk kita uruskan kemudian. Urusan utama dan terpenting Belanjawan 2021 ialah kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan rakyat.
“Bagi menampung peningkatan perbelanjaan dalam Belanjawan 2021, saya menyeru pihak kerajaan terus menggunakan pinjaman tempatan dengan memanfaatkan pasaran bon tempatan, terutamanya Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII),” katanya.
Dalam pada itu, Mohamad berkata, penggunaan pinjaman tempatan tidak akan memberi kesan buruk kepada ekonomi memandangkan Malaysia tidak akan terikat dengan peraturan luar negara, berbanding pinjaman dengan peraturan ketat daripada institusi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Tambahan pula, beliau menambah, pinjaman tempatan kurang terdedah kepada risiko perubahan kadar faedah asing serta risiko penyusutan mata wang kerana hutang tersebut adalah dalam denominasi ringgit.
“Maka, usaha konsolidasi fiskal mesti ditangguhkan seketika sehingga tahun 2022, dengan harapan ekonomi negara akan dipulihkan sepenuhnya.
"Waktu itu, jika ekonomi pulih, perbelanjaan boleh dikurangkan dan langkah penjimatan diutamakan semula," katanya.
Namun, beliau berkata, strategi menggandakan perbelanjaan dan rangsangan dalam Belanjawan 2021 bukanlah ‘blank cheque’ untuk kerajaan berbelanja secara boros.
"Perbelanjaan kerajaan masih perlu dirancang dan dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti dan ketelusan, dengan tekad untuk mencegah segala bentuk ketirisan.
“Belanjawan 2021 mesti digubal dengan matlamat ekonomi yang mengutamakan sudut pandangan kemanusiaan.
"Peningkatan hutang sementara bagi menampung penggandaan perbelanjaan adalah perlu, demi satu matlamat yang mulia dan penting, iaitu menyelamatkan rakyat Malaysia yang paling terkesan dan memulihkan kehidupan,” ujarnya.
Fauzi Suhaimi
Sat Oct 31 2020
Mohamad berkata, inilah masanya kerajaan menggandakan bantuan dan rangsangan menggunakan pendekatan bersasar kepada golongan yang paling terhimpit. - Gambar BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Mesyuarat SMCC akan diadakan setiap tahun - Mohamad Hasan
Mesyuarat Majlis Penyelarasan Saudi-Malaysia (SMCC) yang pertama kali diadakan di sini pada Selasa akan dijadikan acara tahunan.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Lawatan rasmi: Mohamad Hasan ke Arab Saudi dari 10 hingga 14 Disember
Mohamad akan mempengerusikan bersama mesyuarat pertama Majlis Penyelarasan Arab Saudi-Malaysia dengan rakan sejawat, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.
BRICS: Penyertaan Malaysia tidak kurangkan peranan dalam OIC dan NAM - Mohamad
Penyertaan Malaysia dalam BRICS sebagai rakan tidak mengurangkan peranan negara dalam OIC dan NAM.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.