KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kelangsungan hidup rakyat, mempertahankan integriti, memupuk masyarakat penyayang serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian sektor awam dan swasta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata komitmen itu boleh dicapai melalui pendekatan sistematik yang menumpukan kepada aspek pemikiran, kerohanian dan infrastruktur dengan berpaksikan kerangka Malaysia MADANI yang memfokuskan pembentukan masa depan dan merealisasikan potensi negara.
"Kerangka ini akan disokong enam nilai teras iaitu Mampan, sejAhtera, berDaya cipta, saling menghormAti, punyai keyakiNan dan bersifat Ihsan," kata beliau dalam prakata Tinjauan Ekonomi dan Fiskal dan Anggaran Hasil 2023 Terkini yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Perdana Menteri, Belanjawan 2023 akan memberikan fokus terutamanya kepada langkah-langkah menangani peningkatan kos sara hidup, memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan meningkatkan ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Kerajaan juga akan menelusuri kaedah untuk mengurangkan gangguan dalam pasaran serta memperkemas proses perniagaan melalui adaptasi teknologi tinggi dan digitalisasi, kata beliau.
Anwar berkata objektif utama adalah untuk memastikan pengagihan kekayaan dan pembangunan wilayah yang saksama dan mampan.
Beliau berkata seiring dengan peralihan kepada fasa endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa, negara menyaksikan peningkatan jumlah ketibaan pelancong, aktiviti perdagangan dan perniagaan yang menyumbang ke arah pemulihan yang stabil, khususnya dalam sektor perkhidmatan.
"Berlandaskan kekukuhan asas makroekonomi, disokong keteguhan permintaan domestik dan keberkesanan pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), ekonomi dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 4.5 peratus pada 2023," kata beliau.
Perdana Menteri berkata inisiatif pembaharuan akan dipercepat bagi memperkukuh tadbir urus kewangan awam dan memastikan kestabilan makroekonomi di samping meneruskan agenda pembangunan negara.
Kerajaan juga akan memberi keutamaan kepada pengukuhan ekosistem tata kelola pada semua peringkat bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan, kata beliau.
Inisiatif itu kata Anwar, akan menumpukan kepada ketelusan integriti dan kecekapan khususnya dalam perolehan kerajaan, tadbir urus yang baik dan peranan pembangunan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta institusi Parlimen, kata beliau.
"Cabaran getir ini memerlukan kerajaan melaksanakan disiplin fiskal yang ketat di samping mengimbangi keupayaan penjanaan hasil dan komitmen perbelanjaan seterusnya mengurangkan hutang dan liabiliti kerajaan secara beransur-ansur.
"Pelbagai inisiatif telah dikenal pasti untuk menangani isu berkaitan kewangan awam termasuk meneroka sumber hasil baharu asli yang mampan dan meminimumkan ketirisan.
"Ini akan meningkatkan fleksibiliti fiskal negara, membolehkan kerajaan melaksanakan langkah dasar kitaran balas dan mengekalkan daya tahan ekonomi negara," kata beliau.
Anwar berkata kerajaan kekal komited dalam mengimbangi keperluan menjaga kesejahteraan rakyat dan negara serta memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mampan.
"Matlamat untuk mengekalkan kedudukan tinggi penarafan kedaultan negara dan memastikan kedudukan utama Malaysia sebagai sebuah negara yang mesra pelabur dan perniagaan adalah penting terutamanya dalam mencipta dan menarik pelaburan bernilai tambah tinggi bagi mencapai pertumbuhan yang berkualiti dan inklusif," katanya.
Beliau berkata oleh kerana 2023 dijangka menjadi tahun yang mencabar, kerajaan akan terus cakna terhadap sebarang cabaran ekonomi dan ketegangan geopolitik yang mendatang seterusnya akan merangka strategi dan tindakan yang bersesuaian.
-- BERNAMA
IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
Bernama
Fri Feb 24 2023
Anwar berkata komitmen itu boleh dicapai melalui pendekatan sistematik yang menumpukan kepada aspek pemikiran, kerohanian dan infrastruktur dengan berpaksikan kerangka Malaysia Madani. - YouTube / Parlimen Malaysia
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.