Skip to main content

Malaysia

Lelaki meninggal dunia di puncak Bukit Maras

Pasukan penyelamat mengangkat mayat Nazli (gambar kecil) yang ditemui tidak bernyawa di puncak Bukit Maras pada petang Selasa.
Pasukan penyelamat mengangkat mayat Nazli (gambar kecil) yang ditemui tidak bernyawa di puncak Bukit Maras pada petang Selasa. - Foto Sinar Harian
Advertisement

KUALA NERUS: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di puncak Bukit Maras, di sini, petang semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Nerus, Muhammad Al Fadil Mat Amin berkata, dalam kejadian pada 6.48 petang itu, mangsa, Nazli A. Hamid, 55, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

"Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus digerakkan ke lokasi.

"Anggota penyelamat kemudian meletakkan mangsa di atas pengusung sebelum membawanya turun menggunakan kenderaan utiliti ke kaki bukit dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement