awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKNI] Kementerian Luar percepat usaha pencarian Nadia Kesuma
Perjanjian UMNO dengan DAP demi kepentingan negara, bukan 'sorong tengkuk' - Tok Mat
Makin banyak negara larang akses media sosial untuk kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: RM20 juta kepada NSRC bukti kerajaan ambil berat isu jenayah scam - Fahmi

Bernama
Bernama
14/10/2023
08:06 MYT
Belanjawan 2024: RM20 juta kepada NSRC bukti kerajaan ambil berat isu jenayah scam - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan akan terus berusaha memantapkan keselamatan siber sementara rakyat perlu meningkatkan kesedaran berhubung isu berkenaan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Peruntukan RM20 juta yang diberikan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam Belanjawan 2024 membuktikan kerajaan amat mengambil berat berhubung isu penipuan dalam talian, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Menerusi catatan di Facebooknya, beliau berkata kerajaan akan terus berusaha memantapkan keselamatan siber sementara rakyat perlu meningkatkan kesedaran berhubung isu berkenaan.
"Dalam usaha membunuh operasi keji penipu dalam talian, kerjasama semua pihak sangat diperlukan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan akan menambah peruntukan kepada NSRC kepada RM20 juta pada tahun depan berbanding RM10 juta sebelum ini, bagi meningkatkan lagi fungsi pusat itu dalam membanteras jenayah scam.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sejak ditubuhkan, NSRC telah mengendali lebih 49,000 panggilan dan berjaya membeku sehingga RM60 juta transaksi.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Fahmi berkata pengumuman mengenai duti hiburan diturunkan kepada sifar bagi artis tempatan dan daripada 25 peratus kepada 10 peratus untuk artis antarabangsa yang membuat persembahan di negara ini menunjukkan pemain industri filem dan muzik tidak dipinggirkan Kerajaan Perpaduan dalam Belanjawan 2024.
"Dalam tempoh 10 bulan di KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital), pelbagai cadangan saya terima, pelbagai masalah saya dengar. Tidak mudah untuk tunaikan semua, tapi saya perlu mulakan.
"Alhamdulillah, permintaan pemain industri seni ditunaikan. Duti hiburan dikecualikan bagi persembahan artis tempatan. Duti hiburan bagi persembahan pentas artis antarabangsa diturunkan kepada 10 peratus berbanding 25 peratus sebelum ini," katanya.
Fahmi berkata usaha berterusan akan dilakukan beliau untuk memastikan suara pemain industri seni terus didengari.
-- BERNAMA
Apa anda dapat dari Belanjawan 2024? Klik sini untuk liputan penuh di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Pusat Respons Scam Kebangsaan
#Fahmi Fadzil
#NSRC
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan