awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Bakal selari RMK13, naikkan lantai jadi tumpuan

Naz Raseed
Naz Raseed
07/08/2025
06:15 MYT
Belanjawan 2026: Bakal selari RMK13, naikkan lantai jadi tumpuan
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kemajuan negara tidak hanya tertumpu kepada pertumbuhan dan pelaburan sahaja. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Belanjawan 2026 yang akan dibentang pada Oktober depan adalah selari dengan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, belanjawan tahunan itu akan turut memberi tumpuan kepada kerangka ekonomi Madani.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kemajuan negara tidak hanya tertumpu kepada pertumbuhan dan pelaburan sahaja.
Tetapi, ia juga melibatkan soal lantai seperti kenaikan gaji tatkala kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.
"Program pelaksanaan untuk tahun pertama itu harus selari dengan hasrat kerangka RMK13 yang menekankan soal siling dan juga lantai yang harus dinaikkan," kata Anwar.
"Kalau kita bicara soal pertumbuhan dan pelaburan tetapi tidak memikirkan soal lantai, ia akan menjadi masalah kerana harga barang contohnya, ia tidak susut dia mesti naik sedikit dan kalau gaji itu naik setimpal dia takkan menekan sepertimana dirasai oleh sebahagian daripada rakyat kita dengan kos sara hidup," tambah beliau.
Beliau berkata demikian pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan pada khamis.
Anwar turut memberi indikasi bahawa beberapa inisiatif yang memberi impak langsung kepada rakyat seperti Sejati Madani akan diteruskan tahun hadapan.\
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2025
#Anwar Ibrahim
#RMK13
#Belanjawan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan