awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Bantuan tunai ditambah, STR Fasa 4 diawalkan sempena Deepavali

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/10/2025
09:24 MYT
Belanjawan 2026: Bantuan tunai ditambah, STR Fasa 4 diawalkan sempena Deepavali
Peningkatan itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara meskipun berdepan tekanan ekonomi semasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah bantuan tunai rakyat bagi meringankan beban kos sara hidup, dengan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 meningkat kepada RM15 bilion.

Ringkasan AI
  • Kerajaan meningkatkan jumlah keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM15 bilion bagi tahun 2026, sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup rakyat.
  • Semua penerima STR akan menerima SARA bulanan RM100, manakala penerima e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan; isi rumah berpendapatan rendah dengan lima anak boleh menerima sehingga RM4,600 setahun.
  • Bayaran STR Fasa 4 sebanyak RM2 bilion akan diawalkan kepada 18 Oktober sempena Deepavali, dan kerajaan turut meluluskan diskaun tol 50 peratus selama dua hari bagi meraikan perayaan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan itu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara meskipun berdepan tekanan ekonomi semasa.
“Walaupun angka ekonomi meyakinkan, kita akui kos sara hidup meningkat dan membebankan. Justeru, bantuan tunai rakyat akan ditambah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 hari ini.
Tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM13 bilion bagi STR dan SARA yang memanfaatkan hampir sembilan juta penerima, dengan kadar penggunaan SARA mencecah 98 peratus.
Bayaran STR Fasa 4 bernilai RM2 bilion sempena perayaan Deepavali akan diawalkan kepada 18 Oktober, manakala kerajaan turut meluluskan diskaun tol 50 peratus selama dua hari bagi meraikan sambutan itu.
Tambah Anwar, STR dan SARA 2026 akan memperluas manfaat sedia ada, iaitu semua penerima STR akan menerima SARA bulanan RM100, manakala penerima e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan.
Isi rumah berpendapatan rendah dengan lima anak bakal menerima sehingga RM4,600 setahun melalui gabungan STR dan SARA.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kos sara hidup
#sara
#Str
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan