awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Perlu mesra PKS, elak cukai baharu - SAMENTA

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/10/2025
23:20 MYT
Belanjawan 2026: Perlu mesra PKS, elak cukai baharu - SAMENTA
Belanjawan 2026 perlu memberi keutamaan kepada usaha meringankan tekanan aliran tunai dan meningkatkan daya saing PKS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan agar memastikan Belanjawan 2026 benar-benar mesra perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan memberi tumpuan kepada pengurangan tekanan kewangan, peningkatan akses kepada pembiayaan serta sokongan terhadap perdagangan intra-ASEAN.
Presidennya, Datuk William Ng berkata, kerajaan perlu mengelakkan sebarang pengenalan cukai baharu yang boleh menjejaskan momentum pemulihan ekonomi, memandangkan sebahagian besar PKS masih berdepan kekangan aliran tunai dan peningkatan kos operasi.
“Menurut kajian SAMENTA SME Outlook Survey, tujuh daripada 10 PKS mempunyai simpanan tunai kurang daripada enam bulan. Ini bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan cukai baharu atau menambah beban pematuhan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, Belanjawan 2026 perlu memberi keutamaan kepada usaha meringankan tekanan aliran tunai dan meningkatkan daya saing PKS, termasuk peluasan skim jaminan kredit sedia ada agar lebih banyak PKS, termasuk perusahaan mikro dan syarikat baharu, dapat memperoleh pembiayaan tanpa cagaran yang tinggi.
“Kerajaan juga perlu memperkenalkan pembiayaan berasaskan hasil atau tanpa cagaran bagi meningkatkan akses kepada modal kerja,” katanya.
Mengulas mengenai transformasi digital, Ng berkata sokongan terhadap automasi dan pendigitalan berskala kecil perlu diperkukuh melalui pembiayaan bersama, latihan dan program khidmat nasihat yang bersesuaian dengan keperluan PKS.
Beliau turut mencadangkan agar insentif cukai diberikan kepada PKS yang melaksanakan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), termasuk potongan cukai atau kadar faedah istimewa bagi mereka yang mencapai penanda aras kelestarian.
“Perbelanjaan yang digunakan untuk membangunkan pasaran dan rantaian bekalan intra-ASEAN juga wajar diiktiraf sebagai kos boleh ditolak cukai. Ini akan menggalakkan lebih banyak PKS melabur dalam perkongsian serantau, usaha sama dan jaringan eksport di peringkat ASEAN,” katanya.
Ng menambah, usaha keseimbangan serantau juga perlu diberi perhatian agar PKS di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak turut mendapat akses setara kepada infrastruktur, pembiayaan dan latihan.
“Sebagai belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, Belanjawan 2026 perlu membantu PKS beralih daripada fasa kelangsungan kepada fasa daya saing dan daripada menjadi pembekal kepada menjadi inovator serta pemain serantau,” katanya.
SAMENTA turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan dasar-dasar yang diumumkan dapat diterjemahkan kepada kesan sebenar di peringkat pelaksanaan.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#SAMENTA
#elak cukai baharu
#perusahaan kecil dan sederhana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan