awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: RM60 juta tangani inflasi perubatan, perluas perlindungan insurans rakyat

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/10/2025
10:30 MYT
Belanjawan 2026: RM60 juta tangani inflasi perubatan, perluas perlindungan insurans rakyat
Anwar turut mengumumkan, inisiatif mySalam akan diteruskan pada 2026 bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah terus menikmati perlindungan kesihatan dan hospitalisasi. - Gambar JaPen
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM60 juta melalui dana bersama kerajaan dan industri bagi memperkenalkan produk insurans asas mampu milik dan melaksanakan sistem Diagnosis Related Group (DRG) bagi menangani peningkatan kos rawatan dan inflasi perubatan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam masa sama, beberapa insentif cukai diperkenalkan untuk memperluas perlindungan insurans rakyat, termasuk pelepasan cukai individu hingga RM3,000 bagi premium insurans atau sumbangan takaful yang kini turut meliputi anak.
Selain itu, ia turut merangkumi pengecualian duti setem untuk polisi insurans kecil dan produk Perlindungan Tenang yang dilanjutkan hingga 2028.
"Hospital swasta turut digalakkan membantu pesakit kurang mampu melalui penubuhan Tabung Kebajikan Hospital, yang menerima pengecualian cukai, manakala penderma layak mendapat potongan cukai.
"Kerajaan juga membenarkan pencarum KWSP menggunakan Akaun Sejahtera bagi melanggan pelan asas insurans atau takaful perubatan dan kesihatan (MHIT)," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 pada Jumaat.
Anwar turut mengumumkan, inisiatif mySalam akan diteruskan pada 2026 bagi memastikan rakyat berpendapatan rendah terus menikmati perlindungan kesihatan dan hospitalisasi.
Setakat ini, mySalam telah menyalurkan lebih RM1.2 bilion tuntutan kepada 1.7 juta penerima.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#kesihatan
#Inflasi
#KWSP
#Belanjawan 2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan