Skip to main content

Bisnes

Belanjawan 2027: Peruntukan cecah RM459.8 bilion, gaji minimum naik RM2,000, pelepasan cukai M40 dinaikkan

Belanjawan 2027 memperuntukkan RM459.8 bilion. Antara intipati utama: gaji minimum dinaikkan ke RM2,000 bermula Jun 2027, dana STR/SARA melonjak ke RM16 bilion, bukan penerima STR 18 tahun ke atas terima RM200, had pelepasan cukai asas naik RM12,000, serta Sabah dan Sarawak kekal raih agihan tertinggi.
Belanjawan 2027 memperuntukkan RM459.8 bilion. Antara intipati utama: gaji minimum dinaikkan ke RM2,000 bermula Jun 2027, dana STR/SARA melonjak ke RM16 bilion, bukan penerima STR 18 tahun ke atas terima RM200, had pelepasan cukai asas naik RM12,000, serta Sabah dan Sarawak kekal raih agihan tertinggi.

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan memperuntukkan RM459.8 bilion untuk Belanjawan 2027, meningkat RM40.6 bilion berbanding tahun sebelumnya.
  • Gaji minimum kebangsaan dinaikkan kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027, dengan pengecualian untuk PMKS berjualan bawah RM50 juta.
  • Had pelepasan asas cukai individu dinaikkan kepada RM12,000, memberi lebihan tunai sehingga RM1,600 kepada golongan M40.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM459.8 bilion bagi Belanjawan 2027, meningkat sebanyak RM40.6 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan MADANI Kelima bertemakan "Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi" itu memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang upah rakyat di samping menstruktur semula sistem percukaian negara.

Jelas beliau, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan terletak pada besarnya angka atau tebalnya dokumen dasar, sebaliknya sejauh mana ia menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah.

"Ukuran Belanjawan bukan pada tebalnya dokumen, besarnya peruntukan atau banyaknya pengumuman.

"Ukurannya malah jauh lebih asas, yakni adakah lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah, dan apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Antara pengumuman tumpuan termasuk kenaikan kadar gaji minimum kebangsaan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa mulai Jun 2027, dengan pengecualian diberikan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang merekodkan jualan bawah RM50 juta.

Bagi pekerja separa mahir dan graduan pula,  Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkenalkan dasar gaji lantai baharu bermula pada kadar RM2,500 sebulan.

Sementara itu, golongan berpendapatan pertengahan (M40) bakal menerima suntikan lebihan tunai boleh guna sehingga RM1,600 susulan kenaikan had pelepasan asas cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000, selain pengurangan satu mata peratusan kadar cukai pendapatan bagi banjaran RM70,000 hingga RM150,000.

Anwar menambah, jumlah peruntukan bagi tujuan subsidi, bantuan dan insentif pada tahun hadapan ditetapkan melebihi RM80 bilion bagi melindungi kebajikan segenap lapisan masyarakat walaupun negara berdepan kos subsidi bahan api yang kekal tinggi mencecah RM40 bilion.

Must Watch Video

Advertisement