awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan Selangor 2021: Penjawat awam terima BKK kali kedua

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
30/10/2020
10:34 MYT
Belanjawan Selangor 2021: Penjawat awam terima BKK kali kedua
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2021 pada Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2020 di Bangunan Dewan Negeri Selangor hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM:Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan akan menyediakan insentif Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kali kedua sebanyak setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam Gred 54 ke bawah.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu akan diberikan sebagai menghargai usaha serta komitmen penjawat awam negeri yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri.
"Pada BKK Kali Pertama, insentif berjumlah RM1,000 telah diberi kepada semua penjawat awam Gred 54 ke bawah.
"Justeru bagi BKK Kali Kedua, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan insentif setengah bulan gaji kepada semua penjawat awam Gred 54 ke bawah dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM16,531,737.93 yang akan dibayar pada 29 Disember 2020," katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga akan mewujudkan kembali bantuan khairat kematian kepada waris warga emas yang berdaftar dengan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) dengan nilai sebanyak RM500.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Selangor
#Belanjawan Selangor 2021
#penjawat awam
#BKK
#bantuan khas kewangan
#Amirudin Shari
#yayasan warisan anak selangor
#yawas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan