awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum rancangan pembinaan dua kapal perang baharu
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM lantik Abd Rahman Abu Bakar sebagai Penolong Gabenor

Bernama
Bernama
30/04/2021
10:45 MYT
BNM lantik Abd Rahman Abu Bakar sebagai Penolong Gabenor
Abd Rahman (gambar) akan menyelia bidang modal insan yang merangkumi modal insan strategik, pembangunan modal insan serta perkhidmatan modal insan. - Foto Bank Negara Malaysia
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah melantik Abd Rahman Abu Bakar sebagai Penolong Gabenor berkuat kuasa 1 Mei ini.
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau akan menyelia bidang modal insan yang merangkumi modal insan strategik, pembangunan modal insan serta perkhidmatan modal insan.
"Abd Rahman menyertai bank itu pada 1992 dan telah berkhidmat dengan pelbagai jabatan di bank berkenaan seperti Perisikan dan Penguatkuasaan Kewangan, Penyiasatan Khas, Peraturan Insurans, Perancangan Strategik, Pengurusan Sumber Manusia serta Ekonomi.
"Beliau memiliki ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,'' katanya.
Abd Rahman mengambil alih daripada Mohd Adhari Belal Din, yang akan meninggalkan bank pusat itu pada 11 Mei 2021 selepas berkhidmat selama 14 tahun.
Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus bagi pihak BNM, melahirkan penghargaan kepada Adhari atas sumbangannya dan berkata beliau telah memainkan peranan penting dalam memacu inisiatif modal insan untuk bank dan sekutunya selama lebih dari satu dekad.
''Bank yakin Abd Rahman akan membina kecemerlangan kerja dan inisiatif sumber manusia yang telah dimulakan Adhari,'' katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Abd Rahman Abu Bakar
#pelantikan
#penolong gabenor
#ekonomi
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan