KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan dua kemudahan baharu di bawah Dana BNM untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjumlah RM2 bilion.
Permohonan untuk kemudahan-kemudahan ini akan dibuka mulai 3 Februari 2022 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya, menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menerusi kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF) berjumlah RM1 bilion, ia bertujuan untuk menyokong PKS kembali pulih dan berkembang, di samping menguruskan tahap keberhutangan mereka melalui penyelesaian pembiayaan yang inovatif.
Di bawah BRF, PKS boleh mendapatkan pembiayaan ekuiti melalui terbitan saham keutamaan, saham biasa, atau sebarang instrumen mirip ekuiti yang sesuai atau gabungan antara pembiayaan hutang daripada institusi kewangan peserta (IKP) dan pembiayaan ekuiti melalui pembiaya ekuiti pihak ketiga (kewangan campuran).
BRF ini tersedia untuk PKS daripada semua sektor ekonomi, sehingga maksimum RM5 juta bagi membiayai modal kerja atau perbelanjaan modal dengan tempoh pembiayaan adalah sehingga 10 tahun.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, penyelesaian pembiayaan yang lebih inovatif seperti kewangan campuran dan pembiayaan ekuiti, menggabungkan sumber, kapasiti dan pengetahuan merentas sektor awam dan swasta termasuk bank-bank, institusi kewangan pembangunan dan pelabur ekuiti bagi membantu perniagaan bangkit semula dengan lebih baik dalam landskap selepas pandemik.
Sementara itu, bagi Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) berjumlah RM1 bilion, ia disediakan untuk menyokong dan menggalakkan PKS menerapkan amalan kelestarian bagi meningkatkan daya tahan perniagaan.
Di bawah kemudahan ini, institusi kewangan akan menyediakan dana padanan sebanyak RM1 bilion daripada dana mereka sendiri.
Kemudahan ini adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk mencapai sasaran ekonomi pelepasan karbon sifar bersih pada 2050.
LCTF ini tersedia untuk PKS daripada semua sektor, sehingga maksimum RM10 juta bagi setiap PKS untuk tujuan pembiayaan modal kerja atau perbelanjaan modal dengan empoh pembiayaan adalah sehingga 10 tahun.
Kadar pembiayaan adalah sehingga 5% setahun, termasuk sebarang fi jaminan.
Nor Shamsiah berkata, terdapat keperluan mendesak bagi PKS untuk menerapkan amalan kelestarian dalam operasi perniagaan masing-masing pada masa hadapan.
"LCTF menggalakkan usaha ini dan menyokong industri kewangan untuk meningkatkan inovasi terhadap produk-produk yang ditawarkan bagi memudahkan perniagaan menerapkan amalan kelestarian dan menyesuaikan semula operasi dan proses perniagaan mereka,” jelas beliau.
PKS yang berminat boleh memohon terus daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan peserta yang dikawal selia oleh BNM.
Dalam pada itu, baru-baru ini, BNM telah meningkatkan peruntukan Ciri Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022 sebanyak RM300 juta, menjadikan peruntukan keseluruhan berjumlah RM500 juta.
PKS dan perusahaan mikro yang layak boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM700,000 bagi setiap PKS dan sehingga RM150,000 bagi setiap perusahaan mikro.
Tempoh pembiayaan turut dilanjutkan sehingga 7 tahun. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Jan 22 2022

BNM) akan memperkenalkan dua kemudahan baharu di bawah Dana BNM untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berjumlah RM2 bilion. -Gambar fail/Reuters

Pegawai kanan Kerajaan Sabah dan pesara ditahan terima rasuah RM700,000
Perbuatan mereka dikatakan sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

Misi Carilamat | 70 nelayan tempatan bantu operasi
Lebih 70 komuniti nelayan tempatan turut membantu dalam operasi mencari dan penyelamat seorang nelayan yang dipercayai terjatuh kedalam laut sejak tiga hari lalu. Pengarah Maritim Terengganu,Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata selain itu sebuah pesawat juga turut digerakkan bagi mengesan mangsa yang berusia 74 tahun.

Mahkamah | Guru wanita hadapi dua pertuduhan rasuah
Di Pulau Pinang, seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, atas dua pertuduhan rasuah membabitkan pembelian peralatan sukan lima tahun lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah dan minta dibicarakan.

Rasuah | Warga Bangladesh dipenjara sehari, denda RM10,000
Pemilik premis perniagaan warganegara Bangladesh dijatuhkan hukuman satu hari penjara serta didenda RM10,000. Setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu kerana memberi rasuah RM250 kepada seorang ejen kerajaan, Januari lalu.

Kes Mahkamah | Didenda RM3,000 kerana palsukan maklumat kelahiran
Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku bersalah membenarkan maklumat palsu mengenai daftar kelahiran seorang bayi perempuan dua tahun lalu. Muhammad Ridzuan Chan Abdullah, 49 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Integriti halal: Pekemas gesa gantung lesen SICHMA, siasat pegawai Jakim
PEKEMAS gesa penggantungan serta merta SICHMA susulan pendedahan isu pelanggaran protokol halal di rumah penyembelihan di Australia.

Sarawak pinda definisi tanah wujudkan kuasa khas kawal ruangan udara di atas tanah negeri
Sarawak akan meminda definisi tanah agar istilah berkanun untuk terma tanah di dalam Rang Undang-Undnag (RUU) Kanun Tanah.

Alam Sekitar | Sarawak bakal gubal dasar perubahan iklim
Kerajaan Sarawak akan menggubal dasar perubahan iklim selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata dasar yang memfokuskan kepada sumber tenaga hijau seperti kuasa hidro, tenaga solar dan hidrogen itu akan dibuat selepas selesai satu kajian di bawah tempoh RMK-12.

Warga emas cedera dipukul tiga penyamun rumah sarang burung
Seorang warga emas cedera di bahagian kepala dan kaki kanan selepas dipukul tiga penyamun di sebuah rumah sarang burung di Tanjung Sedili.

Isu Kanabis, Hem | Ramai pesakit guna untuk perubatan - Syed Saddiq
Kerajaan perlu mengiktiraf ramai pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan. Menurut Pengerusi Kaukus Medical Marijuana, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pesakit berkenaan bukan kumpulan yang mengedar kanabis untuk mengaut keuntungan wang semata-mata.

StanChart jangka ekonomi Malaysia berkembang kepada 7.0 peratus
Pemulihan ekonomi dan pasaran buruh "mewajarkan" langkah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memulakan proses menormalkan dasar monetari daripada tetapan kecemasan.

OPR tidak bebankan peminjam, beri manfaat kepada M40 - Tengku Zafrul
Peningkatan OPR dijangka memanfaatkan deposit yang diwakili sebahagian besar golongan M40 menerusi peningkatan faedah dan keuntungan diterima pendeposit.

Tambat ringgit beri risiko besar kepada negara - Gabenor BNM
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata tindakan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur.

Ekonomi Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5 peratus suku pertama 2022
Pertumbuhan ini disokong terutamanya oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik.

Bank-bank semak semula kadar rujukan susulan kenaikan OPR
Bank-bank kini menyemak semula kadar rujukan mereka selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.00 peratus daripada 1.75 peratus.

OPR naik: Siapa untung? Siapa rugi?
Selain bakal berlaku kenaikan kepada pembiayaan boleh ubah, kenaikan OPR bakal memberi impak positif kepada pendeposit tetap.

OPR meningkat sekali lagi dalam masa terdekat, kata pakar ekonomi
Ruang bagi kenaikan selanjutnya Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas dalam masa terdekat masih wujud pada separuh kedua tahun ini.

BNM dijangka kekalkan OPR 1.75 peratus - Pakar
Ketua Pakar Ekonomi, Bank Islam Malaysia, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata masih terlalu awal untuk BNM bertindak meningkatkan OPR pada ketika ini.

Penilaian bank digital selaras undang-undang, tiada rancangan keluarkan lebih banyak lesen - BNM
Gabenor Bank Negara berkongsi butiran terperinci mengenai penilaian dan pemilihan lima konsortium bagi lesen bank digital.

Lesen bank digital: MPay hormati keputusan BNM - Azizan Osman
Kalaulah diberikan lesen ini, kita mungkin boleh wujudkan dan beroperasi dalam tempoh 6 bulan saja, kata Azizan.