Syarikat yang mempunyai ramai wakil wanita dalam lembaga pengarah dan jawatan pengurusan kanam telah terbukti mencatat prestasi yang lebih baik berbanding syarikat yang mempunyai kurang atau tiada pengarah wanita.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kewangan Asia (AIF) Dr Raymond Madden, kajian membuktikan bahawa kesaksamaan gender menyumbang kepada prestasi kewangan syarikat yang kukuh.

"Sebagai contoh, the Credit Suisse Research Institute melaporkan pertumbuhan pendapatan bersih sejak enam tahun lepas mencatatkan purata 14 peratus bagi syarikat yang mempunyai pengarah wanita berbanding 10 peratus yang tidak mempunyai pengarah wanita," katanya pada perbincangan Meja Bulat Strategik AIF mengenai wanita dalam industri perkhidmatan kewangan di sini Rabu.

Madden berkata kajian juga menunjukkan syarikat yang mempunyai satu atau lebih wanita dalam lembaga pengarah menunjukkan prestasi harga saham yang lebih baik, terutama saham syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang wanita berbanding syarikat yang tidak mempunyai pegawai wanita, sebanyak 26 peratus.

Sementara itu kajian oleh McKinsey mengenai "Women Matter" menunjukkan kes kukuh mengenai perbezaan gender menunjukkan syarikat yang mempunyai ramai wanita di peringkat lembaga pengarah merupakan syarikat yang lebih berjaya.

Laporan dari Catalyst, sebuah kumpulan penyelidik yang memberi tumpuan ke atas peningkatan wanita di peringkat kepimpinan kanan, mendapati syarikat Fortune 500, pada puratanya mengatasi syarikat yang mempunyai kurang anggota lembaga pengarah wanita dalam petunjuk kewangan secara meluas.

"Di Malaysia, walaupun wanita kini mengatasi lelaki di kebanyakan peringkat dalam bidang pendidikan, kemahiran, bakat, keupayaan kepimpinan dan pengalaman, terus tidak diteroka," katanya.

Wanita di Malaysia hanya menguasai 7.6 peratus jawatan kanan dalam 200 syarikat terbesar yang disenaraikan Bursa, dan menurut penganalisis AIF, hanya 1.6 peratus wanita memagang jawatan kanan dalam perbankan pelaburan.

Madden berkata AIF baru-baru ini menjalankan kajian mengenai potensi kehilangan bakat dalam industri perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Kajian ke atas 2,400 profesional kewangan di Malaysia menunjukkan tidak ada bukit siling kaca untuk peningkatan kerjaya dalam industri kewangan.

Dihadiri lebih 100 profesional dalam industri kewangan, forum itu mengetengahkan Pengarah Urusan Korporat dan perbankan Institusi Ambank Group Pushpa Rajadurai; Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Ketua Modal Insan Maybank group Nora Abd Manaf; anggota fakulti Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus Iclif Kate Sweetman; dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank Raja Teh Maimunah, sebagai penceramah.