awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli di MRSM: Polis buka satu kertas siasatan

Sinar Harian
Sinar Harian
07/04/2025
22:50 MYT
Buli di MRSM: Polis buka satu kertas siasatan
Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya.
NIBONG TEBAL: Polis Pulau Pinang telah membuka satu kertas siasatan berhubung satu klip video memaparkan insiden buli di sebuah bilik dipercayai asrama yang tular di media sosial sejak pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, siasatan akan dijalankan secara holistik dengan mengambil kira semua aspek.
Menurutnya, polis mengambil tindakan proaktif dengan mengesan lokasi institusi terlibat dan semua individu yang dilihat dalam video berkenaan untuk dirakam keterangan.
"Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dengan mengambil kira semua aspek sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes tersebut.
"Polis turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan untuk tampil membantu siasatan.
"Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Hotline Polis SPS di talian 04-5858222, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (04-2221522) atau balai polis berdekatan," tambahnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buli
#asrama
#video tular
#MRSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan