KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan sentimen berhati-hati selepas Wall Street mempamer prestasi semalaman yang lemah pada Jumaat menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai hala tuju kadar faedah minggu ini, kata seorang penganalisis.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.49 mata kepada 1,454.54 daripada 1,459.03 penutup Jumaat. Indeks utama dibuka pada paras 1,456.96, susut 2.07 mata.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 219 berbalas 192 manakala 283 kaunter tidak berubah, 1,679 tidak diniagakan dan 23 digantung.
Jumlah dagangan 401.38 juta unit bernilai RM174.01 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun sudah dijangkakan Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar faedah buat masa ini, angka inflasi utama Amerika Syarikat baru-baru ini masih menunjukkan sedikit pengembangan dan berkemungkinan besar kadar faedah akan kekal tinggi untuk masa yang lebih lama.
Pada urus niaga Jumaat, Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kehilangan 289 mata manakala Nasdaq merosot 218 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi kepada 4.34 peratus.
"Di pasaran tempatan, FBM KLCI akhirnya menguji paras 1,460 atau paras tertinggi enam bulan selepas dirangsang aktiviti pengumpulan dana asing yang berterusan.
"Kami percaya tahap ini boleh dicecah dalam masa terdekat kerana penilaian saham mewah tempatan masih kekal rendah," katanya kepada Bernama.
Walaupun menghadapi tekanan dari Wall Street, Thong menjangkakan indeks utama akan meneruskan trajektori menaiknya dan berlegar antara julat 1,460 dan 1,470 hari ini.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.88, Public Bank turun dua sen menjadi RM4.17, CIMB lemah satu sen kepada RM5.77 dan Petronas Chemicals menguncup 12 sen kepada RM7.31.
TNB bagaimanapun menambah dua sen kepada RM10.08.
Bagi saham aktif, Classita, Sapura Energy dan Meta Bright masing-masing menambah setengah sen setiap satu kepada 7.5 sen, enam sen dan 21.5 sen, manakala Tanco tidak berubah pada 54.5 sen dan Ekovest susut satu sen kepada 54 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 30.06 mata kepada 10,741.11, Indeks FBMT 100 susut 32.41 mata menjadi 10,412.38, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 42.59 mata kepada 10,968.76 dan Indeks FBM 70 lemah 45.41 mata kepada 14,206.42.
Indeks FBM ACE meningkat 1.37 mata kepada 5,210.87.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 19.61 mata kepada 16,310.62 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.14 mata untuk mencatatkan paras 173.34 manakala Indeks Tenaga susut 3.16 mata kepada 890.70.
Indeks Perladangan turut merosot 62.86 mata kepada 6,974.35.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.49 mata kepada 1,454.54 daripada 1,459.03 penutup Jumaat. Indeks utama dibuka pada paras 1,456.96, susut 2.07 mata. -Gambar fail/Bernama
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.