awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2021
23:17 MYT
Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi
Pada minggu ini, pelabur akan menumpukan perhatian kepada pengumuman minit mesyuarat Fed pada Januari, di mana pembuat polisi mengekalkan kadar faedah pada paras rendah. - Gambar fail REUTERS
PASARAN saham global mencatatkan peningkatan untuk 11 hari berturut-turut pada Isnin.
Pasaran di Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena cuti Hari Presiden.
Peningkatan disokong sikap optimis susulan pelaksanaan lebih banyak program vaksinasi COVID-19 dan harapan pelan rangsangan baru di Amerika.
Antara yang mencatatkan peningkatan adalah Bursa Jepun selepas ekonomi ketiga terbesar dunia itu dilaporkan tumbuh 12.7 peratus pada Oktober ke Disember.
Ini adalah sukuan kedua ekonomi Jepun mencatatkan pertumbuhan susulan penguncupan akibat kesan COVID-19.
Dalam masa yang sama, menurut laporan Reuters, ketegangan di Asia Barat meningkatkan harga minyak mentah ke paras tertinggi dalam 13 bulan.
Harga minyak mentah meningkat 1.2 peratus kepada 63 dollar setong dan turut disokong Pelan Rangsangan Amerika yang dijangka meningkatkan perbelanjaan dan permintaan.
Pada Jumaat lepas, indeks ketidaktentuan CBOE di New York turut menurun ke paras terendah dalam setahun.
Pada minggu ini, pelabur akan menumpukan perhatian kepada pengumuman minit mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada Januari, di mana pembuat polisi mengekalkan kadar faedah pada paras rendah.
Dalam masa yang sama, Bitcoin turun 1.8 peratus kepada sekitar 47,000 dollar seunit.
Niaga AWANI: Peningkatan Bitcoin sudah mula ada asas?
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Jepun
#harga minyak
#COVID-19
#Pelan Rangsangan Amerika
#Rizab Persekutuan Amerika
#kadar faedah
#Bitcoin
#indeks ketidaktentuan
#ketegangan
#Asia Barat
#Amerika Syarikat
#Rizab Persekutuan AS
#fed
#program vaksinasi
#saham
#bursa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan