awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia bercampur-campur pada sesi awal dagangan

Bernama
Bernama
21/05/2025
03:20 MYT
Bursa Malaysia bercampur-campur pada sesi awal dagangan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.28 mata atau 0.15 peratus kepada 1,551.15 daripada 1,548.87 di akhir dagangan semalam. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan bercampur-campur walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang lebih suram.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.28 mata atau 0.15 peratus kepada 1,551.15 daripada 1,548.87 di akhir dagangan semalam.
Indeks petunjuk utama itu dibuka 4.07 mata lebih tinggi pada 1,552.94.
Sentimen pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 159 berbanding 121 manakala 224 kaunter tidak berubah, 1,914 tidak diniagakan dan tujuh digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 162.30 juta saham bernilai RM69.83 juta.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangkakan FBM KLCI akan meneruskan konsolidasi sementara pelabur menunggu pemangkin baharu daripada pengumuman pelaporan pendapatan syarikat akan datang, susulan keadaan ekonomi global diasak oleh tarif yang mungkin menjejaskan aktiviti ekonomi domestik dan pendapatan syarikat.
"Prospek berhati-hati ini mungkin berterusan sehingga termeterai satu perjanjian perdagangan yang tetap dan saling menguntungkan dicapai antara Amerika Syarikat (AS) dan rakan perdagangan utama, termasuk Malaysia," kata bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini.
Pada masa sama, HLIB berkata ketidakpastian dasar pentadbiran Presiden AS Donald Trump dan kekaburan berterusan mengenai trajektori kadar Rizab Persekutuan negara maju itu akan terus mempengaruhi sentimen pasaran dan keyakinan perniagaan.
Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan TNB dan IHH Healthcare meningkat empat sen kepada RM14.18 dan RM6.99, CelcomDigi meraih lima sen kepada RM3.93, Hong Leong Bank naik 12.0 sen kepada RM20.02, Press Metal dan Petronas Gas kekal pada RM4.96 dan RM17.72 manakala Maybank dan CIMB jatuh dua sen kepada RM10.02 dan RM4.49.
Bagi saham aktif, Harvest Miracle, Alam Maritim dan Velesto menokok setengah sen kepada 18.5 sen, 3.5 sen dan 17 sen, Senheng meningkat 3.5 sen kepada 27.5 sen, West River dan Auro Holdings kekal pada 34.5 sen dan 15 sen dan Sarawak Cable jatuh 4.5 sen kepada 3.5 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas meraih 12.95 mata kepada 11,579.86, Indeks FBMT 100 naik 12.38 mata kepada 11,329.35, Indeks FBM ACE meningkat 9.60 mata kepada 4,663.14, Indeks FBM Emas Shariah menokok 37.85 mata kepada 11,500.73 dan Indeks FBM 70 menambah 0.99 mata kepada 16,414.36.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 20.17 mata kepada 18,295.75, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.28 mata kepada 158.18 manakala Indeks Tenaga menokok 3.33 mata kepada 718.10 dan Indeks Perladangan melonjak 75.57 mata kepada 7,356.50.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#fbm klci
#rizab persekutuan
#Wall Street
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan