KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa menjejaki menjejaki prestasi semalaman Wall Street.

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.37 mata kepada 1,541.65 daripada 1,544.02 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.49 mata kepada 1,543.53.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 156 berbanding 164 manakala 321 kaunter tidak berubah, 1,642 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 205.78 juta unit bernilai RM74.99 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street memulakan suku kedua tahun ini dalam keadaan bercampur-campur kerana sentimen kekal dipengaruhi oleh data inflasi yang lebih kukuh daripada jangkaan menyebabkan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) tidak tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah.

Beliau menyatakan bahawa Purata Perindustrian Dow Jones turun 240 mata, tetapi Nasdaq menambah 17 mata apabila hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut kepada 4.317 peratus.

Di peringkat tempatan, susulan FBM KLCI ditutup lebih tinggi pada hampir 1,545 semalam, beliau berkata pengumpulan berterusan oleh institusi tempatan baru-baru ini dipercayai memberi petunjuk positif kerana ia hanya akan memaksa dana asing untuk membeli pada paras yang lebih tinggi apabila mereka kembali.

"Bagi indeks penanda aras, ia perlu menembusi paras 1,550 untuk mengekalkan tahap kedua aliran menaik. Oleh itu kami menjangkakan ia akan berlegar dalam julat 1,545-1,555 hari ini.

"Sementara itu, harga emas telah mencecah paras tertinggi sepanjang masa pada US$2,254 setiap auns troy apabila peniaga memulakan peralihan mereka daripada ekuiti," kata Thong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing naik satu sen kepada RM9.72, RM6.67 dan RM6.76, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing turun 1.0 sen kepada RM4.23 dan RM6.07 dan Tenaga Nasional melonjak 4.0 sen kepada RM11.42.

Bagi saham aktif, Ahmad Zaki meningkat 4.0 sen kepada 26 sen, Widad Group merosot 0.5 sen kepada 8.0 sen, TWL dan Zantat tidak berubah masing-masing pada 3.0 sen dan 49 sen dan Dagang Nexchange berkurangan 0.5 sen kepada 34 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 13.26 mata kepada 11,595.37 dan Indeks FBMT 100 menguncup 14.36 mata kepada 11,235.59 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 24.80 mata kepada 11,656.09.

Indeks FBM 70 rendah 8.60 kepada16,167.15, bagaimanapun Indeks FBM ACE naik 5.24 mata kepada 4,907.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 5.12 mata kepada 17,340.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian melonjak 0.01 mata kepada 180.06, dan Indeks Tenaga menambah 3.21 mata kepada 955.76, bagaimanapun Indeks Perladangan merosot 48.12 mata kepada 7,268.30.

-- BERNAMA