awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2024
00:20 MYT
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Bekas pemain bola sepak yang kini berusia 53 tahun, adalah bekas Ahli Parlimen daripada Parti Georgian Dream. - Foto AP
TBILISI: Bekas pemain bola sepak Manchester City, Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Kavelashvili menyertai Manchester City dari kelab Georgia, Dinamo Tbilisi pada musim 1995-96 dan menjaringkan tiga gol dalam 28 penampilan untuk kelab itu.
Bekas pemain bola sepak yang kini berusia 53 tahun, adalah bekas Ahli Parlimen daripada Parti Georgian Dream yang semakin berkuasa dan satu-satunya calon untuk jawatan Presiden Georgia.
Beliau menang mudah undi yang diberikan oleh Parti Georgian Dream untuk menguasai Parlimen yang mempunyai 300 kerusi.
Parti Georgian Dream kembali menguasai Parlimen di Georgia selepas menang pilihan raya pada 26 Oktober yang didakwa diselubungi penipuan dan campur tangan Rusia oleh pembangkang.
Proses itu mencatat sejarah sebagai kali pertama Presiden Georgia dipilih melalui badan perwakilan pemilih dan bukannya undian langsung.
Empat kumpulan pembangkang utama menolak pelantian Kavelashvili dan memboikot Parlimen, serta kekal menegaskan pilihan raya yang diadakan pada Oktober lalu telah dicemari penipuan.
Presiden Georgia pro-barat, Salome Zourabichvili mengutuk pemilihan Kavelashvili sebagai satu penipuan, dan mendakwa beliau masih memegang satu-satunya institusi Georgia yang sah.
Perdana Menteri, Irakli Kobakhidze menuduh Zourabichvili cuba menjejaskan kepentingan Georgia, menekankan bahawa apabila tempoh jawatannya berakhir pada 29 Disember ini, beliau perlu bersara.
Rakan sekerja parti Nino Tsilosani memberitahu pemberita bahawa Zourabichvili bukan lagi Presiden di mata orang ramai, khususnya rakyat Georgia.
Topic Berkaitan
#Mikheil Kavelashvili
#Manchester City
#presiden
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan