KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi Jumaat berikutan prestasi negatif Wall Street semalaman selepas peniaga menjangkakan data senarai gaji bukan ladang AS yang lebih tinggi untuk bulan Jun boleh mendorong Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.92 mata kepada 1,383.03 daripada 1,385.95 pada penutupan Khamis.
Indeks utama dibuka pada paras 1,382.20, lemah 3.75 mata.
Pergerakan harga di pasaran keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 178 berbalas 97, manakala 218 kaunter tidak berubah, 1,767 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 142.91 juta unit bernilai RM57.17 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Purata Perindustrian Dow Jones semalaman kerugian 366 mata manakala Nasdaq merosot 113 mata apabila hasil 10 tahun AS melepasi paras empat peratus kepada 4.031 peratus.
Beliau berkata Indeks Hang Seng semalaman pula merosot teruk sebanyak 577 mata selepas minit Rizab Persekutuan membayangkan lebih banyak kenaikan kadar selain tanda-tanda kelembapan ekonomi China yang menyaksikan yuan lemah berbanding dolar AS.
"Di dalam negara, FBM KLCI ditutup lemah di tengah-tengah prestasi serantau yang kurang menggalakkan walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang dijangkakan.
"Kami berpendapat dagangan di bursa tempatan akan bergerak lesu hari ini berikutan penutupan lemah di Wall Street, justeru kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,380-1,390," katanya kepada Bernama.
Beliau percaya saham teknologi mungkin menyaksikan beberapa masalah berikutan persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi di AS pada masa hadapan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan IHH Healthcare menambah satu sen setiap satu kepada RM3.89 dan RM5.81, Maybank dan CIMB masing-masing turun tiga sen kepada RM8.70 dan RM5.18 manakala Tenaga Nasional susut dua sen kepada RM9.05.
Bagi saham aktif, Bahvest Resources naik satu sen kepada 23.5 sen, Catcha Digital peroleh 3.5 sen menjadi 28 sen, EA Holdings susut setengah sen kepada setengah sen manakala Sarawak Consolidated dan Tanco tidak berubah, masing-masing mencatatkan 46.5 sen dan 53.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 23.31 mata kepada 10,197.92, Indeks FBMT 100 turun 23.57 mata menjadi 9,893.06 dan Indeks FBM ACE lebih rendah 0.41 mata kepada 5,136.14.
Indeks FBM 70 menguncup 43.46 mata kepada 13,466.72 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 24.65 mata kepada 10,451.69.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.72 mata kepada 15,449.48, Indeks Tenaga meningkat 0.89 mata kepada 793.05, Indeks Perladangan susut 7.77 mata kepada 6,853.60 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.69 mata menjadi 157.17.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
FBM KLCI ditutup lemah di tengah-tengah prestasi serantau yang kurang menggalakkan walaupun BNM mengekalkan OPR seperti yang dijangkakan. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.
Tiada petunjuk baharu, prospek dasar as asak Bursa Malaysia susut pada dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.