KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah sedikit sejajar dengan prestasi bercampur semalaman Wall Street serta data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Amerika Syarikat yang menunjukkan sektor itu masih dalam trend penguncupan, kata seorang peniaga.
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.16 mata kepada 1,418.60 daripada penutupan Isnin pada 1,418.76.
Indeks utama dibuka pada paras 1,418.58, susut 0.18 mata.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 174 berbalas 113, manakala 259 kaunter tidak berubah, 1,749 tidak diniagakan dan 23 digantung.
Jumlah dagangan 169.70 juta unit bernilai RM66.76 juta.
Meskipun PMI Pembuatan AS meningkat kepada 49.0 bulan lepas, bacaan tertinggi sejak November 2022, ia masih merupakan bulan ke-11 berturut-turut bacaan itu kekal di bawah 50 dan ini sekali gus menunjukkan penguncupan dalam sektor itu.
Di dalam negara, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat kenaikan semula yang pantas dalam bursa tempatan adalah perlu untuk mengelak fasa konsolidasi yang berpanjangan.
"Justeru, kami mengunjurkan kemunculan kegiatan memburu saham murah terutamanya dalam sektor utiliti," katanya kepada Bernama.
Untuk hari ini, indeks utama FBM KLCI dijangka berlegar antara 1,420 dan 1,430 julat.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, CIMB dan Petronas Chemicals, kesemuanya meningkat satu sen kepada RM8.76, RM5.41 dan RM7.08, Public Bank menambah dua sen untuk mencatatkan harga RM4.08 manakala Tenaga Nasional susut dua sen menjadi RM9.88.
Bagi saham aktif pula, Ekovest, Tanco, Meta Bright dan KNM masing-masing kekal pada harga 51.5 sen, 55 sen, 24 sen dan 14 sen sementara Hextar Industries meraih setengah sen kepada 40 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 5.83 mata kepada 10,533.07, Indeks FBMT 100 berkurangan 6.09 mata menjadi 10,198.26 dan Indeks FBM Emas Syariah kerugian 6.31 mata kepada 10,816.83.
Indeks FBM ACE pula rendah 4.13 mata kepada 5,141.98 dan Indeks FBM 70 kehilangan 29.66 mata kepada 14,102.59.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.17 mata menjadi 170.26, Indeks Tenaga menguncup 11.67 mata kepada 876.91, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 0.56 mata kepada 15,876.67 dan Indeks Perladangan menokok 9.51 mata kepada 6,862.65.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.16 mata kepada 1,418.60 daripada penutupan Isnin pada 1,418.76. -Gambar fail/Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.