Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin

Datuk Bandar New York yang baharu, Zohran Mamdani berikrar akan terus memerangi Islamofobia dan rasisme terhadap rakyat Palestin apabila beliau memegang jawatan itu minggu depan. - Gambar Reuters/Kylie Cooper
ANKARA: Datuk Bandar New York yang baharu, Zohran Mamdani berikrar akan terus memerangi Islamofobia dan rasisme terhadap rakyat Palestin apabila beliau memegang jawatan itu minggu depan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
- Zohran Mamdani, Datuk Bandar New York baharu, berikrar untuk melawan Islamofobia dan rasisme anti-Palestin apabila mengetuai jawatan minggu depan.
- Beliau menegaskan hasrat tersebut selepas berbual dengan pelajar Palestin yang mengalami ancaman dalam talian berikutan penyebaran teori konspirasi terhadapnya.
- Mamdani menekankan kepentingan menghormati dan melindungi semua penduduk New York serta menekan isu Islamofobia dan rasisme anti-Palestin sebagai agenda utama beliau.
Mamdani menerusi platform media sosial X berkata Mustapha Kharbouch, seorang pelajar di Universiti Brown, menjadi sasaran selepas sekeping fotonya yang memakai keffiyeh (penutup kepala tradisional Palestin) tersebar dalam talian, sekali gus mencetuskan apa yang disifatkannya sebagai Islamofobia dan rasisme anti-Palestin.
Menurut Mamdani latar belakang Palestin Kharbouch menjadi asas kepada tindakan mendedahkan maklumat peribadi serta ugutan yang diterimanya.
Dalam satu panggilan telefon, Kharbouch turut berkongsi dengan bakal Datuk Bandar itu mengenai minat akademiknya dalam hubungan antarabangsa dan antropologi, latihan industri musim panasnya di New York, serta rancangannya untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD.
"Saya memberitahu Mustapha bahawa kami amat mengalu-alukan kepulangannya ke New York City," kata Mamdani, yang mencipta sejarah sebagai Datuk Bandar Muslim pertama bandar raya itu.
Mamdani dijadual mengangkat sumpah jawatan pada 1 Jan, Hari Tahun Baharu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


