KUALA LUMPUR: Kegiatan pengambilan untung sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih menyaksikan Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada pagi dagangan Rabu selain bergerak seiring sentimen lemah bursa serantau, kata peniaga.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.87 mata untuk mencatatkan paras 1,459.41 berbanding 1,460.28 pada penutup Selasa.
Indeks utama dibuka 1.25 mata lebih rendah pada 1,459.03.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 224 berbalas 155, manakala 298 kaunter tidak berubah, 1,663 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 362.11 juta unit bernilai RM129.38 juta.
Menurut Malacca Securities dalam nota penyelidikannya hari ini, ia menjangkakan indeks utama meningkat, didorong oleh persekitaran politik yang stabil serta aliran masuk dana asing yang tidak terganggu sepanjang tujuh sesi dagangan berturut-turut yang lepas.
Selain itu, pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 8.5 juta, tertinggi dalam sejarah turut menandakan pasaran pekerjaan yang teguh.
"Pada masa sama, pelabur akan sentiasa memantau minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat yang dijangka dapat memberikan petunjuk tambahan mengenai hala tuju kadar faedah dalam ekonomi terbesar dunia itu," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM9.04 dan IHH Healthcare menokok 2.0 sen kepada RM6.02 manakala Public Bank, CIMB dan Tenaga Nasional kesemuanya tidak berubah, masing-masing mencatatkan RM4.21, RM5.68 dan RM9.89.
Bagi saham aktif, Classita, Tanco dan KNM Group tidak berubah, masing-masing pada 7.5 sen, 55 sen dan 8.0 sen manakala Advance Synergy peroleh setengah sen menjadi 14.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 5.06 mata menjadi 10,743.18, Indeks FBMT 100 susut 5.50 mata kepada 10,427.47 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 10.97 mata kepada 10,939.43.
Indeks FBM 70 rendah 4.29 mata kepada 14,143.53 dan Indeks FBM ACE susut 24.27 mata kepada 5,310.95.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 3.40 mata kepada 16,404.55, Indeks Perladangan susut 16.08 mata menjadi 7,001.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.24 mata kepada 167.78 dan Indeks Tenaga berkurangan 2.31 mata kepada 833.17.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.87 mata untuk mencatatkan paras 1,459.41 berbanding 1,460.28 pada penutup Selasa. -Gambar fail/Bernama
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.