KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Khamis didorong oleh aktiviti belian yang meningkat berikutan keputusan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah.
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.77 mata kepada 1,538.56 daripada 1,535.79 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 3.33 mata kepada 1,539.12
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 282 berbanding 139 manakala 273 kaunter tidak berubah, 1,642 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 232.83 juta unit bernilai RM114.44 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street meningkat berikutan ketiga-tiga indeks utama ditutup pada paras tertinggi selepas peniaga mengetahui bahawa Fed akan membuat susulan dengan tiga pelarasan pada kadar faedah sehingga pada akhir tahun.
Oleh itu, Dow Jones Index Average naik 401 mata manakala Nasdaq meningkat 203 mata dengan hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.277 peratus.
Dalam negara, beliau menjangka indeks akan meningkat semula hari ini selepas mendapat gambaran yang lebih jelas daripada Fed semalaman.
"Justeru, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,540-1,550 hari ini, disokong oleh minat belian dalam sektor perbankan, pembinaan dan utiliti," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan dua sen kepada RM9.55, Public Bank tidak berubah pada RM4.24 manakala CIMB menambah empat sen kepada RM6.52, Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM11.52 dan Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM6.86.
Bagi saham aktif, Eco World International naik dua sen kepada 36.5 sen, Eduspec meningkat setengah sen kepada 14 sen manakala TWL tidak berubah pada 3.5 sen.
Metronic dan Top Glove, masing-masing merosot setengah sen kepada 1.5 sen dan 85.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 28.01 mata kepada 11,512.97 dan Indeks FBMT 100 meningkat 25.44 mata kepada 11,164.32.
Sementara itu, Indeks FBM Emas Shariah menambah 32.06 mata kepada 11,594.08, Indeks FBM ACE naik 13.71 mata kepada 4,786.72 dan Indeks FBM 70 meningkat 51.39 mata kepada 15,857.54.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.22 mata kepada 17,136.40 dan Indeks Perladangan menambah 6.88 mata kepada 7,301.61.
Indeks Tenaga naik 3.04 mata kepada 939.71 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.82 mata kepada 178.06.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.77 mata kepada 1,538.56 daripada 1,535.79 pada Rabu. -Gambar fail/Dagang News
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Bahan keperluan utama industri kini ada di Sabah
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, dengan pembukaan kilang simen itu, satu lagi bahan keperluan utama industri bakal diwujudkan di Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Peruntukan RM60 juta untuk bina semula SMK Sebuyau
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan mengambil-alih projek berkenaan yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), namun tertangguh akibat kekangan peruntukan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.