awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
12/12/2024
07:45 MYT
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pekebun kerugian RM120,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook, menjanjikan keuntungan 80%. -Gambar hiasan/Bernama
KUANTAN: Seorang pekebun kerugian RM120,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan pulangan lumayan bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang pekebun kerugian RM120,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook, menjanjikan keuntungan 80%.
  • Mangsa membuat tiga transaksi ke tiga akaun bank berbeza tetapi tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan, lalu membuat laporan polis.
  • Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
“Mangsa kemudian membuat tiga transaksi ke tiga akaun bank berbeza menggunakan wang simpanannya berjumlah RM120,000, namun tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut semalam.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pelaburan tidak wujud
#pekebun
#rugi RM120000
#Facebook
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan