KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat berikutan sokongan yang berterusan dan minat pelabur yang lebih baik menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku pertama, yang dijangka lebih tinggi daripada anggaran.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Indeks barometer dibuka tinggi 1.31 mata kepada 1,612.42.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 217 berbanding 172, dengan 333 kaunter tidak berubah, 1,647 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 390.30 juta unit bernilai RM111.66 juta.
Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) akan sama-sama mengumumkan KDNK pada suku pertama pada tengah hari ini.
Baru-baru ini, DoSM mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 3.9 peratus berdasarkan anggaran awal.
Mengenai pasaran ekuiti, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi semalam, percaya masih ada ruang untuk meningkat.
"Kami turut mendapati jumlah dagangan harian semakin bertambah baik dan ini adalah petunjuk positif untuk saham permodalan kecil.
"Hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,605-1,620, disokong oleh kecairan yang tinggi," katanya.
Di pasaran luar negara, Wall Street ditutup rendah walaupun Dow Jones mencecah paras 40,000 berikutan terdapat aktiviti pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.
Dow Jones merosot 39 mata manakala Nasdaq susut 44 mata berikutan hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang naik kepada 4.377 peratus.
Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak lebih 300 mata hampir kepada paras 20,000 berikutan keyakinan terhadap dasar sektor hartanah di China yang dilonggarkan baru-baru ini selain harapan Rizab Persekutuan akan menurunkan kadar pada tahun ini.
"Sentimen terus didorong oleh spekulasi mengenai cukai dividen yang mungkin dimansuhkan untuk saham Hong Kong," katanya, sambil menambah ini mungkin positif untuk pasaran tempatan juga.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH menambah lima sen kepada RM6.26, MISC naik enam sen kepada RM8.30 manakala CelcomDigi, YTL dan CIMB, masing-masing meningkat dua sen kepada RM4.06, RM3.67 dan RM6.81.
Bagi saham aktif, SNS Network naik setengah sen kepada 51 sen, Sin-Kung Logistics menambah satu sen kepada 15.5 sen manakala Minetech dan MMG, masing-masing tidak berubah pada 13.5 sen dan 30.5 sen manakala SP Setia meningkat 10 sen kepada RM1.63.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.47 mata kepada 12,257.21, Indeks FBMT 100 meningkat 20.88 mata kepada 11,862.49 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 22.88 mata kepada 11,862.49.
Indeks FBM ACE naik 9.99 mata kepada 5,306.77 dan Indeks FBM 70 meningkat 44.41 mata kepada 17,493.32.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.43 mata kepada 17,618.07, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.07 mata kepada 193.40, Indeks Perladangan susut 2.18 mata kepada 7,406.76 dan Indeks Tenaga berkurangan 1.11 mata kepada 985.73.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam. -Gambar fail/Bernama
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.