awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia dibuka tinggi

Bernama
Bernama
19/06/2024
03:20 MYT
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.62 mata kepada 1,607.75 daripada 1,606.13 pada Selasa. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh sentimen secara keseluruhan dalam pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) semalaman yang positif.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.62 mata kepada 1,607.75 daripada 1,606.13 pada Selasa.
FBM KLCI dibuka tinggi 2.34 mata kepada 1,608.47.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 259 berbanding 234 manakala 325 kaunter tidak berubah, 1,583 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 360.24 juta unit bernilai RM158.78 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, jualan runcit AS berada di bawah jangkaan dan pasaran dijangka menggesa kepada penurunan kadar faedah pada bila-bila masa pada separuh kedua 2024.
Katanya Wall Street ditutup tinggi dengan Nasdaq masih mendahului dan Nvidia telah menggantikan Microsoft dan Apple sebagai syarikat permodalan pasaran terbesar, menjadikannya syarikat awam paling bernilai di AS.
Dari aspek teknikal, katanya indeks utama bercampur-campur dengan paras halangan dijangka pada 1,620-1,625 dan paras sokongan pada 1,585-1,590.
Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi YTL Corporation naik 7.0 sen kepada RM3.57, Petronas Chemicals Group meningkat 5.0 sen kepada RM6.56, CelcomDigi dan Axiata, masing-masing menambah 3.0 sen kepada RM3.75 dan RM2.78 serta Maybank naik 2.0 sen kepada RM9.95.
Dalam senarai kaunter paling untung, PPB Group meningkat 12 sen kepada RM14.62, PIE menambah 10 sen kepada RM6.85, AEON Credit Service menokok 9.0 sen kepada RM7.79 dan Heitech Padu naik 8.0 sen kepada RM2.02.
Antara kaunter yang paling aktif, Ingenieur tidak berubah pada 7.0 sen, ATA IMS merosot 3.5 sen kepada 48 sen, KTI Landmark susut setengah sen kepada 29.5 sen, Ho Wah Genting naik 3.5 sen kepada 32.5 sen dan WCT menambah 4.0 sen kepada 79.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 7.48 mata kepada 12,372.62, Indeks FBMT 100 meningkat 6.88 mata kepada 11,940.00 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 4.97 mata kepada 12,744.34.
Indeks FBM 70, bagaimanapun merosot 10.57 mata kepada 18,094.64 tetapi Indeks FBM ACE naik 8.16 mata kepada 5,857.43.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 1.77 mata kepada 17,517.92, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.09 mata kepada 199.58, Indeks Tenaga jatuh 1.91 mata kepada 986.43 dan Indeks Perladangan susut 3.23 mata kepada 7,027.24.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#fbm klci
#Sistem Pangkalan Data Utama
#Wall Street
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan