KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Selasa dalam dagangan berhati-hati, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang kukuh akibat peningkatan saham-saham teknologi selain prospek lebih banyak sekatan dikenakan ke atas Rusia.
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.65 mata kepada 1,599.57 daripada 1,598.92 pada akhir urus niaga semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 2.74 mata kepada 1,601.66.
Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 258 berbanding 100 manakala 250 lain tidak berubah, 1,629 tidak berubah dan 10 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 153.20 juta bernilai RM76.27 juta.
Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata FBM KLCI mencatat prestasi lebih rendah berbanding pasaran serantau dengan indeks utama diniagakan di bawah 1,600 susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih semalam.
"Kami menjangkakan pasaran kekal tidak menentu dalam masa terdekat ini ketika pelabur terus memantau perkembangan membabitkan tindakan negara-negara Barat melaksanakan lebih banyak sekatan ke atas Rusia susulan pencerobohannya ke atas Ukraine.
"Bagaimanapun, risiko penurunan itu diunjur dapat ditampung dengan aliran masuk dana asing secara berterusan," katanya.
Firma pembrokeran itu turut mengulas tindakan Kesatuan Eropah yang menerima vaksinasi COVID-19 Malaysia dan disifatkan sebagai amat positif bagi kemajuan sektor penerbangan negara.
Bagi komoditi, minyak mentah serta minyak sawit mentah (MSM) kekal diniagakan tinggi seiring dengan permintaan global yang kukuh.
Menurutnya, peningkatan semula harga niaga hadapan MSM akan menyaksikan saham-saham perladangan diniagakan tinggi hari ini.
"Pelabur juga dijangkakan memberi tumpuan ke atas sektor pembinaan, bahan binaan dan hartanah susulan janji niaga berkaitan lebuh raya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM8.98, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare masing-masing menambah satu sen kepada RM9.71 dan RM6.29 manakala Public Bank dan CIMB Group masing-masing susut satu sen kepada RM4.69 dan RM5.29.
Bagi saham aktif, BCM Alliance dan Techna-X naik setengah sen kepada empat sen dan 8.5 sen, Pappajack meraih 1.5 sen kepada 47.5 sen, Sapura Energy dan Top Builders masing-masing tidak berubah pada empat sen dan dua sen.
Di papan indeks, Indeks FBMT 100 meningkat 17.62 mata kepada 11,161.83, Indeks FBM Emas menambah 20.27 mata kepada 11,500.43 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 46.80 mata kepada 12,126.33.
FBM 70 pula melonjak 75.24 mata kepada 14,016.34 dan FBM ACE meraih 7.66 mata kepada 5,778.72.
Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.05 mata kepada 208.46, Indeks Perladangan naik 38.28 mata kepada 8,118.60 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 26.96 mata kepada 16,795.11.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.65 mata kepada 1,599.57 daripada 1,598.92 pada akhir urus niaga semalam. -Gambar fail/Bernama
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Sempadan Malaysia-Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Isu kasino kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
ADTV Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam empat bulan pertama 2024
Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Pasaran saham Malaysia kini terbaik di Asia Tenggara - MIDF Research
Bursa Malaysia merupakan pasaran saham terbaik di ASEAN ketika ini berdasarkan FBM KLCI yang meningkat 10.4% dari awal tahun hingga tarikh semasa (YTD).
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.