awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat

Bernama
Bernama
14/05/2024
15:42 MYT
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Anwar berkata dalam pertemuan dengan Ismail Haniyeh, Malaysia mencadangkan supaya Hamas mengambil kira pandangan pelbagai pihak untuk mencari penyelesaian yang aman dan segera. - Gambar fail/X/@Anwar Ibrahim
DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pertemuan beliau dengan pemimpin tertinggi Hamas semalam berkemungkinan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan-rakan Malaysia khususnya dari Barat.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza dan memanfaatkan hubungan baik dengan Hamas bagi tujuan itu.
Mengambil contoh Qatar, Perdana Menteri berkata negara Teluk itu telah memanfaatkan hubungan baik dengan Hamas bagi mengadakan rundingan yang membawa kepada pembebasan 109 tahanan.
"Kita pun ambil pendekatan yang sama (memanfaatkan hubungan baik)," katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Qatar hari ini.
Anwar berkata dalam pertemuan dengan Ismail Haniyeh, Malaysia mencadangkan supaya Hamas mengambil kira pandangan pelbagai pihak untuk mencari penyelesaian yang aman dan segera.
"Saya lihat kepimpinan Hamas mengambil sikap terbuka untuk mencari jalan penyelesaian tetapi hentikanlah keganasan, pencerobohan oleh rejim zionis Israel ke atas Gaza dan kawasan sekitar Tebing Barat daripada terus diserang oleh kelompok-kelompok dan gerombolan dari Israel.
"Qatar mengambil pendirian yang sama dan (Perdana Menteri) Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani memaklumkan kepada saya dalam rundingan beliau dengan kedua-dua pihak, Hamas sedia memenuhi beberapa syarat (yang ditetapkan) tetapi malangnya, Israel enggan menerima syarat-syarat ini."
"(Justeru), soal saya menemui mereka (Hamas) saya nak jelaskan sekali lagi bahawa kita mengambil sikap yang bebas dan Hamas ini, seperti jugak PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) dan sebelumnya Fatah dan PA (Pihak Berkuasa Palestin), punya hak untuk pertahankan wilayah yang dijajah oleh kuasa asing tetapi kita mengambil pendekatan menyokong usaha damai.
"Pendekatan (kita ialah) untuk berhubung dengan badan politik Hamas dan tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti ketenteraan, jadi ini yang kita akan jelaskan dan saya percaya rakan-rakan kita (dari Barat) akan bangkitkan," katanya.
Merujuk pertemuan dua hala beliau dengan Andrzej Duda di luar Forum Ekonomi Qatar hari ini, Anwar berkata Presiden Poland itu bertanya mengenai pertemuannya dengan pemimpin Hamas.
"Kita jelaskan tidak ada sebab mengapa (kita) tak boleh adakan perbincangan itu... Malaysia sebagai sebuah negara bebas, kita ambil keputusan yang bijaksana tetapi keputusan kita membantu jalan perdamaian, bukan kita menghasut.
"... dan sebelum saya jumpa mereka, saya tanya pendapat Amir Qatar (Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani) dan Perdana Menteri Qatar kerana mereka lebih arif dan terkait rapat dengan Hamas dalam langkah mencari kaedah perdamaian yang adil," katanya.
Pertemuan Anwar dan Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas, berlangsung lebih sejam.
Turut hadir bekas Pengerusi Hamas Khaled Mashal.
Ini adalah pertemuan pertama Anwar dengan Haniyeh secara bersemuka selepas beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertemuan
#Hamas
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Ismail Haniyeh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan