KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka meneruskan momentum positifnya minggu depan walaupun beberapa aktiviti pengambilan untung mungkin berlaku, kata peniaga.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, beliau optimis namun berhati-hati terhadap sentimen pasaran tempatan yang semakin baik.
"Oleh itu, kami meramalkan FBM KLCI akan berada dalam jajaran 1,455-1,475 minggu ini dengan paras rintangan segera pada 1,490 dan paras sokongan pada 1,440," katanya kepada Bernama.
Menurut MIDF Research, keputusan kenaikan kadar oleh bank pusat seperti Reserve Bank of Australia pada 5 Sept, Bank Negara Malaysia pada 7 Sept dan European Central Bank pada 14 Sept -- dijangka antara aspek yang diberikan tumpuan oleh peniaga pada minggu depan.
Bagi minggu yang baru berakhir, FBM KLCI diniagakan kebanyakannya tinggi, seiring dengan prestasi bursa serantau yang memberangsangkan berikutan sentimen pasaran kembali positif dan merangsang minat risiko pelabur.
Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, FBM KLCI meraih 19.02 mata untuk mengakhiri minggu ini pada 1,463.43 berbanding 1,444.41 pada minggu sebelumnya.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 154.37 mata kepada 10,816.64, Indeks FBMT 100 meningkat 140.01 mata kepada 10,483.28, Indeks FBM Emas Syariah menokok 108.91 mata kepada 10,997.88, Indeks FBM ACE merosot 46.81 mata kepada 5,228.09 dan Indeks FBM 70 naik 207.66 mata kepada 14,333.97.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 3.51 mata kepada 172.54, Indeks Tenaga menokok 31.99 mata kepada 856.14, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 280.92 mata kepada 16,471.61 dan Indeks Perladangan menyusut 21.13 mata kepada 6,937.70.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 18.03 bilion unit bernilai RM13.53 bilion daripada 17.10 bilion unit bernilai RM10.71 bilion unit pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 19.95 bilion saham bernilai RM12.47 bilion berbanding 11.77 bilion saham bernilai RM9.39 bilion pada minggu terdahulu.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.48 bilion unit bernilai RM222.87 juta daripada 2.01 bilion unit bernilai RM284.19 juta minggu lepas.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 2.57 bilion saham bernilai RM821.64 juta daripada 3.28 bilion saham bernilai RM1.03 bilion sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023
Bursa Malaysia dijangka meneruskan momentum positifnya minggu depan walaupun beberapa aktiviti pengambilan untung mungkin berlaku, kata peniaga. -Gambar fail/Bernama
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.